Rabu, 4 Januari 2012

Preview: MU vs Newcastle United



MU pastinya ingin melupakan episod sedih yang dialami pada perlawanan hujung tahun 2011 di mana MU tewas mengejut 2-3 kepada Blackburn Rovers di OT. Ianya boleh dikatakan hadiah hari lahir yang cukup mengecewakan kepada SAF memandangkan kesebelasan utama MU dalam perlawanan tersebut agak pelik dengan Rafael beraksi di bahagian tengah manakala kesilapan DDG juga turut menjadi penyumbang kepada kekalahan MU.



Jadi, kunjungan ke Sports Direct Arena awal pagi esok memerlukan persediaan dan perhatian yang secukupnya bagi mengelakkan MU berputih mata lagi. SAF semestinya memilih pemain dan mencongak strategi yang sesuai jika ingin mencatatkan kemenangan bagi memastikan MU terus mengekotri rapat dengan Man City yang berjaya memperoleh kemenangan ke atas Liverpool awal pagi tadi. Walaubagaimanapun, MU akan berhadapan tugas berat kerana bukan sahaja beraksi di tempat lawan, Newcastle United (NU) juga setakat ini berupaya menempatkan diri di kalangan tujuh kelab teratas dengan persembahan yang mantap.

SAF pastinya akan menurunkan Rooney kembali dalam kesebelasan utama MU selepas mengetepikannya pada perlawanan lalu disebabkan hukuman disiplin ke atas Rooney. Selain Rooney, MU juga akan menerima kembali Ferdinand dan Smalling dalam kesebelasan utama selepas tersisih daripada beraksi akibat mengalami kecederaan. Dengan kembalinya beberapa pemain, SAF akan merombak kesebelasan utama MU dengan cuba menyusun pemain2 agar lebih berkesan sama ada ketika bertahan ataupun menyerang.

DDG akan direhatkan dan Lindegaard akan diberikan kepercayaan untuk mengawasi gawang gol MU. Di hadapan Lindegaard, bahagian pertahanan MU yang akan dibarisi oleh Smalling, Jones, Ferdinand dan Evra. Kehadiran semula Ferdinand diharapkan dapat mengembalikan kekebalan dan kestabilan di bahagian pertahanan MU. 

Bahagian tengah pula akan menyaksikan Valencia akan kembali semula beraksi di sayap kanan selepas diturunkan sebagai rightback pada perlawanan lepas. Nani akan meneruskan peranannya di sayap kiri. Sepertimana Valencia, Carrick juga akan diletakkan semula sebagai tunjang di bahagian tengah dan akan berpasangan dengan Giggs. Kudrat Giggs ditagih bagi menggerakkan serangan MU manakala Carrick berfungsi untuk membuka permainan MU.

Setelah menjaringkan enam gol dari tiga perlawanan, Berbatov rasanya dapat mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama MU. Adalah janggal untuk menafikan Berbatov untuk terus beraksi tatkala prestasi semasanya adalah bagus. Tambahan pula, Rooney dijangkakan memberikan persembahan yang bagus dalam perlawanan awal pagi esok bagi menebus kehampaannya tidak dapat beraksi baru2 ini. Jesteru itu, Rooney dan Berbatov dilihat mampu untuk merobek benteng pertahanan NU.

Berdasarkan pemain2 yang bakal diturunkan dan semangat yang akan ditunjukkan bagi menebus kekecewaan tewas kepada Blackburn Rovers, MU mampu untuk kembali mencatatkan kemenangan ke atas NU. Aku menjangkakan MU akan memperoleh tiga mata penuh dengan keputusan 4-2 dengan Rooney, Berbatov dan Carrick mencatatkan nama sebagai penjaring gol buat MU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan