Isnin, 9 Januari 2012

Al-kisah Scholes dan SAF


Tatkala beberapa jam sebelum berlangsungnya perlawanan antara MU dengan Man City, Scholes telah dipanggil oleh SAF untuk bertemu di bilik trofi. Seperti biasa, Scholes tiba terlebih dahulu ke bilik tersebut dan berlegar-legar melihat trofi-trofi yang ada sementara menunggu kehadiran SAF.



SAF: Hah! Awai hang sampai Scholes. Seropa cam masa hang player dulu la no.

Paul Scholes (PL): Besa la SAF. Dah terbiasa. 

SAF: Baguih baguih.

PL: Awat sir tiba-tiba panggil saya ni? Ada apa hal?

SAF: Ni, aku nak panggil hang balik mai men balik dengan MU. Hang mau dak?

PL: Aikkk??? Biaq betoi??? 

SAF: Ha la. Kan ka hang tau yang ramai hat men tengah pakat cedera abih. dahtu BOD MU pun cam payah nak bagi det banyak-banyak untuk beli pemain baru. Aku pun tak bapa suka nak beli pemain bila bulan satu ni.

PL: Oo ya ka? Tapi saya ni takleh la nak men kerap-kerap. Maklumla, dah tua heheh.

SAF: Tak kira la tua ka, muda ka. Yang penting lani, hang mai men balik. Hang kena anggap benda ni sebagai suruhan aku, bukannya ajakan.

PL: Hhhmmm sat nak pikiaq sat.

SAF: Chhuuiihhh!! Pikiaq apa plak ni. Hang jangan duk wat lece dengan aku, duk meghela juai mahai.

PL: Ok la. Saya setuju men balik. Punah target aku nak gantung but.

SAF: Ala, hang men pun sampai abih season ni. Abih tu, hang nak bersara teruih pun takpa dah hahahah.

PL: Ya la sir. Saya pun kadang-kadang tu, gatai jugak kaki ni nak main dalam satu-satu game. Ni dah ada peluang skit nya baik, takleh la nak lepaih.

SAF: Kira hang dah setuju ni, baguih la. Ni game satgi lawan Man City, hang aku boh kat sub. Kemungkinan besaq hang akan men jugak nanti. So, standby la no apa-apa yang patut.

PL: Yes sir. Tapi sir, ada satu soklan la.

SAF: Hah apa dia?

PL: Ni awat piala dalam bilik ni tak bertambah langsung pun? Duk banyak tu ja pun. Mentang-mentang la saya dah bersara. Langsung MU tak tambah piala pun.

SAF: Ni sheikh! Hang dah bersara lama mana? Enam bulan ja hang tau. Chait! Berasa cam dah lama la tu.

PL: Hehehe ya ka? Sori la sir. Duk berasa cam lama dah. Tu yang tadi duk heran pasai pa sir panggil saya men balik. Ingatkan sebab MU ni kena ada saya, baru bleh menang piala.

SAF: Apa punya pemikiran la hang ni. Hang takdak pun, MU bleh aihh nak menang piala. Cuma aku nak amik hang balik ni sebab tadak pemain yang bleh men. Kes tak dapat beli ni la, aku panggil hang. Dah dah. Pi siap nu.

PL: Sori sori. My mistake. Ok la sir. Lama aiihh tak sembang dengan sir lagu ni. Takpa sir. Saya cuba tak hampakan sir nanti. Makaseh banyak no.

SAF: Sama-sama.


Jadi, Scholes pun meninggalkan bilik trofi tersebut lalu berlari-lari anak menuju ke bilik persalinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan