Jumaat, 13 Januari 2012

MU latest news / transfer gossips


1. Gibson mungkin akan menjadi pemain pertama yang terlibat dalam perpindahan pada bulan Januari melibatkan kelab2 BPL. Gibson dijangkakan akan menyertai Everton selepas MU bersetuju untuk melepaskan Gibson dengan yuran perpindahan 2 juta pound.


2. Anderlecht dikatakan tidak bersedia untuk melepaskan pemain tengahnya, Lucas Biglia kepada MU ataupun Arsenal dan meletakkan harga sekitar 12 juta pound ke atas Biglia. Pada musim ini, Biglia telah memberikan persembahan yang bagus untuk kelab Belgium itu selain berjaya menempatkan diri dalam skuad utama Argentina.

3. Bayern Munich diberitakan ingin memperkuatkan pasukan pada penghujung musim ini dengan mensasarkan Berbatov. Berbatov disasarkan oleh Bayern Munich kerana dilihat sebagai pengganti kepada Ivica Olic yang akan berhijrah keluar pada musim hadapan. Berbatov sebelum ini turut dikaitkan dengan kelab lamanya, bayer Leverkusen.

4. Polis England telah menemui sejumlah 29 paket kanabis dalam restoran yang dimiliki oleh Ferdinand. Dadah tersebut ditemui selepas polis menyelongkar bilik persalinan restoran tersebut dan telah menahan seorang tukang masak muda.

5. Rooney mengakui bahawa tindakan SAF untuk mendenda dirinya dan mengetepikannya daripada beraksi ketika bertemu Blackburn Rovers telah memberikan kesan terhadap persembahannya ketika beraksi menentang Newcastle United. Disebabkan oleh dua kekalahan yang dialami MU, media telah menggembar-gemburkan spekulasi bahawa SAF akan menjual Rooney.

6. SAF telah memberikan nasihat kepada pengurus Barcelona, Pep Guardiola untuk terus kekal mengemudikan kelab Catalan dan tidak melepaskan jawatan pengurus kerana iainya merupakan peluang yang amat berharga. SAF berkata demikian selepas timbul khabar angin mengatakan MU ingin mendapatkan Guardiola sebagai pengganti kepada SAF nanti.

7. Morrison masih belum menandatangani kontrak baru walaupun kontrak lamanya akan tamat pada musim panas ini. Selain itu, Newcastle United dikhabarkan berminat untuk mendapatkan Morrison memandangkan pemain muda MU itu mempunyai bakat dan pontesi yang baik untuk menjadi pemain tengah yang bagus di masa hadapan.

8. Beckham diberitakan tidak berminat untuk kembali menyarung jersi MU selepas tamat kontrak bersama LA Galaxy. Ini adalah kerana MU dikatakan hanya akan menawarkan kontrak jangka pendek kepada Beckham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan