Jumaat, 6 Januari 2012

Man City kehilangan khidmat Yaya Toure


Sepertimana yang diketahui, apabila tibanya bulan Januari, benua Afrika akan mengadakan kejohanan Africa Cup of Nations. Yang pasti, 16 buah negara akan menyertai kejohanan tersebut yang berlangsung lebih kurang sebelum dan melibatkan banyak pemain kelahiran Afrika yang beraksi di serata dunia terutamanya di eropah. 


Man City merupakan salah satu pasukan yang mempunyai pemain Afrika dan akan menghadapi kekurangan pemain dalam skuad apabila pemain tengahnya, Yaya Toure akan mewakili Ivory Coast dalam kejohanan tersebut. Toure dilihat sedang mempersembahkan prestasi yang baik ketika ini dalam saingan BPL bakal menyebabkan Man City tidak dapat menggunakan khidmatnya dalam jangka masa sebulan. Difahamkan, Toure telahpun berangkat pulang ke Afrika dan tidak akan beraksi dalam perlawanan antara Man City dengan MU.

Berikut merupakan senarai perlawanan di mana Man City tidak dapat menurunkan Yaya Toure.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan