Khamis, 26 Januari 2012

News compilation: Man United


1. SAF meminta para peminat MU untuk berkelakuan baik ketika berkunjung ke Anfield bagi menyaksikan perlawanan pusingan keempat Piala FA di antara MU dan Liverpool. SAF sendiri telah menyenaraikan beberapa peraturan yang seharusnya dipatuhi oleh peminat MU bagi mengelakkan berlakunya insiden yang kurang menyenangkan memandangkan perlawanan hujung minggu ini dijangkakan panas.


2. Cantona telah menerima watak sebagai polis dalam filem terbarunya iaitu Switch. Dalam filem tersebut, Cantona yang melakonkan watak polis yang cuba menjejaki pembunuh bersiri.

3. Sneijder telah menyatakan bahawa beliau tidak akan berhijrah dari Inter Milan pada tingkap perpindahan Januari ini. Walaubagaimanapun, Sneijder tidak menafikan khabar angin bahawa beliau akan berpindah ke kelab lain pada musim panas ini.

4. SAF akan tetap menurunkan Evra bagi perlawanan hujung minggu ini menentang Liverpool walaupun sebelum ini Evra terlibat dalam pergeseran dengan Suarez berkaitan isu perkauman yang mengakibatkan Suarez menghadapi hukuman pergantungan perlawanan.

5. Rooney berasa yakin bahawa MU mampu untuk memintas Man City yang kini berada di puncak carta BPL. Ini adalah kerana Rooney berpendapat MU sedang berada dalam prestasi terbaik terutamanya selepas mengalahkan Arsenal di Stadium Emirates.

6. Jones mungkin akan dapat beraksi pada hujung minggu ini sekiranya berjaya pulih daripada kecederaan buku lalinya. Jones mengalami kecederaan tersebut selepas terjatuh ketika bertemu Arsenal baru-baru ini.

7. Welbeck dijangkakan akan menandatangani kontrak baru untuk terus bersama MU selepas ditawarkan gaji sekitar 41 ribu pound seminggu walaupun sebelum ini, timbul cerita bahawa Welbeck cuba bermain tarik tali dengan MU bagi mendapatkan gaji yang lebih tinggi.

8. Nani berkemungkinan tidak dapat beraksi selama dua bulan selepas dibimbangi mengalami kecederaan pada ligamen buku lali. Kaki Nani sedikit bengkak dan akan menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengetahui tahap keseriusan kecederaan tersebut.

9. Neville dan Scholes menjadi penerima berganda pertama yang menerima anugerah daripada Football Writers' Association (FWA). Mereka berdua telah diberikan pujian oleh SAF atas bakti yang dicurahkan sepanjang menyarung jersi MU.
10. MU menamatkan usaha untuk mendapatkan pemain muda Croatia, Mateo Kovacic selepas MU dikatakan tidak bersedia untuk membayar 10 juta pound terhadap pemain berusia 17 tahun itu. 

11. MU dan Liverpool dikatakan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan pertahanan muda Denmark, Jores Okore. Tottenham Hotspurs dan Man City turut mempunyai minat terhadap Okore.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan