Selasa, 31 Mei 2011

Tamat sudah

arrrrgghh bukan senang la nak terima MU kalah hujung minggu lepas, tapi nak wat camna, barca memang kuat la. nampak sangat beza dari segi gameplay barca dengan MU. jadi, bila dah tamat tempoh berkabung aku ni, bleh la sambung berblog balik heheh.

aku ingatkan, malam sabtu tu bleh la nak seronok2 sampai ke pagi ahad. bukan apa, malam tu kan kedah wat upset pi menang kat ganu. perrgghhh bukan senang tu sebab ganu sebelum game malam tu memang duk lead liga super. dahtu dua game sebelum tu, ganu ni duk menang besaq, tibai negeri sembilan 3-0 dahtu bantai pahang 5-0. kedah lak duk ada masalah pemain cedera yang skitnya ramai. jadi, kalau tengok atas kertas dan rekod semasa, kedah memang jadi ayam punya la kat kuala terengganu.

alih2, rupa2nya coach kedah, WJ bijak la atoq strategi dan taktikal camna nak lawan dengan ganu. dahtu semua pemain bagi komitmen dan disiplin yang baguih. dua benda ni yang kalau tak salah aku, WJ minta dari semua pemain. bila pemain2 main sungguh2, tak mustahil aiihh nak menang dengan sapa2 pun. dalam game kat ganu tu, defend kedah memang cukup mantop terutama skali gnan. memang respek abih la kat dia. layak betoi la dia jadi kapten kedah lani. syabas jugak la kat bad sebab berjaya boh gol kemenangan MU lepas shot jarak jauh bad menerjah jaring gol ganu. takpa, jadikan game2 liga super ni sebagai platform nak meletup kat kempen piala malaysia nanti.

untuk final UCL lak, atas kertas barca memang cukup mantap. apa taknya, kalau duk baca2 dari analisa pasukan, markah purata yang pemain barca ni dapat duk ada 9 dan markah keseluruhan nak dekat 100%. mai tang MU, average dalam 8 ja. ada perbezaan yang cukup banyak. ternyata apa yang ada dalam analisa tu tepat la sebab dah terbukti masa berlangsungnya game awai pagi ahad.

mungkin 1st eleven MU yang main pagi tu dianggap terbaik oleh SAF tapi aku rasa masih ada kurangnya. patutnya, fletcher kena bagi main la. sebab apa, final 2009 dia takdak, tengok MU main camna. dahtu mai final 2011, fletcher tak main jugak. takkan la SAF taktau yang midfield barca ni kuat bangat. giggs tu mungkin la power lagi, tapi bila mai lawan dengan midfield hat cekang dan muda tambah lak fit, giggs takleh nak kampoi. kesian jugak la kat carrick sebab kena gheja keras cover tengah MU.

selain dari giggs, valencia jugak jadi point lemah MU. direct game valencia dah sebabkan dia tak bleh nak lepas dari abidal. tapi tak katala, mungkin valencia ni ketaq kot sebab 1st time main final dalam top tournament. aku rasa valencia ni jadi focal point MU untuk attack barca, tapi tak menjadi langsung. lagi satu point lemah MU adalah evra. taktau la macam mana nak describe game evra. banyak sangat ralit masa bertahan dan selalu off-position. tapi, silap2 evra ni berjaya jugak la dicover oleh vidic dan ferdinand.

apapun, aku puas hati la jugak overall performance MU dalam final UCL. maklumla, dengan macam2 masalah yang melanda, dari awai musim sampai la final tu, MU berjaya jugak melangkah ke final. memang la kalau nak diikutkan, team MU musim ni kira average saja dan tadak wow factor banding dengan team2 MU sebelum2 ni. tapi semua tu tak jadi masalah buat SAF yang mampu bentuk team MU musim ni sampai jadi juara BPL. mungkin tambah 2 3 pemain baru untuk musim depan akan bagi kuat lagi MU.

syabas buat barca sebab team ni boleh la aku kata yang terkuat kat eropah lani. barca memang lawan yang cukup berbaloi buat MU untuk kenalpasti kelemahan yang ada.

2 ulasan: