Jumaat, 27 Mei 2011

Entry sebelum balik gheja

tahniah la kat fulham sebab layak jugak main europe league musim depan. sahih tak sangka, rezeki mai bergolek. apa taknya, fulham layak main sebab duk nombot dua dalam fair play list bagi BPL belakang chelsea. tapi chelsea dah layak main UCL, jadi slot tu UEFA bagi kat fulham. at least bila dapat main europe competition ni, fulham takla nak hilang pemain sangat. tambah2 defender tinggi lampai fulham, brede hangeland yang sebelum ni memang orang duk target nak beli. hangeland ni rajin la aku duk beli masa main CM time student dulu. memang mantop pun.

lani belah eropah duk kalut pasai gunung berapi kat iceland. dia punya debu duk terbang sampai la ke utara england. barcelona pun terpaksa percepat schedule mai england awai untuk buat preparation final UCL hujung minggu ni. baik jugak hati arsenal bila bagi barcelona guna depanya facilities. tapi timbul lak cerita pasai dua player barcelona, pique dan puyol yang amik gambaq fabregas dan wat main2. depa dua ni memang kamceng dengan fabregas sampai masa celebrate spain menang WC aritu, depa yang boh jersi barcelona kat fabregas. minggu sudah pun kata arsenal dah macam rela nak lepas fabregas, tapi mungkin duk tunggu barcelona bid 30-40 juta pound dulu.

kapten blackpool, charlie adam duk habaq kata dia nak main kat BPL musim depan. jadi maknanya dia takmo la stay kat blackpool yang dah relegate main championship. kabaq angin kata liverpool dengan MU duk berebut nak amik adam. tapi ada jugak sorang dua football pundit kata adam ni tak layak lagi untuk main dengan liverpool dan MU sebab lack of experience main untuk top club. kelab yang sesuai untuk adam ni kelab macam aston villa, spurs dan sebagainya la. tapi bagi aku, adam ni bleh aihh nak main dengan kelab2 besaq, tapi role sebagai squad player la. bukannya 1st team player ka, indispensable player ka. set-piece adam ni memang cukup mahai, tak kira la free-kick or corner kick. bola dia memang cukup cun untuk sapa2 tanduk.

arsenal lani duk pulun cari defender dah. mau tak kalut sebab masalah defender ni la punca arsenal merudum di penghujung saingan liga, dalam masa 3 minggu, dari duk celen nak jadi juara, last2 dapat nombot 4 ja. lani arsenal duk target defender blackburn rovers, chris samba dan defender bolton, gary cahill. samba ni pun mungkin nak blah la walaupun owner blackburn ni dah habaq nak bagi duit untuk manager depa beli player2 baru bagi kuat pasukan. cahill lak ramai sangat aiihh duk riki. jangan kata arsenal, liverpool, chelsea, man city dan MU sendiri pun pernah duk kait dengan dia. jadi bila dah jadi rebutan ni, sahih harga mahai. paling2 kurang pun mau 15 juta pound.

tadi dengaq berita dalam radio kata mourinho tolak tawaran abramovich untuk mai balik manage chelsea. dulu kawan tu skitnya baguih ka jadi manager. chelsea bleh jadi juara dua musim berturut2. tapi kes tak menang UCL ja, mourinho ni kena buang. memang obses betoi la abramovich ni dengan piala telinga besaq tu. tu yang ada cerita kata, kalau la chelsea ni ditakdirkan menang UCL (harap2 takkan menang sampai bila2 la heheh), abramovich ni takkan amik tau dah pasai chelsea dan mungkin sampai satu tahap, akan juai chelsea ni. bila jadi nak juai, mungkin la dia akan juai murah, tapi nu gaji2 hat mahai sapa berani nak tanggung.

lani bukan takat mourinho, orang nombot dua hat dulu pun, ray wilkins pun tak minat dah nak balik pi chelsea. mai pi la sapa pun jadi manager, dia takmo dah. sebagai lagenda chelsea, wilkins ni dulu memang la minat nak curah bakti, tapi bila abramovich buang dia bulan november lepas, abih kelat hati dia nak pi chelsea balik. lani duk ada 3 nama yang disebut akan jadi manager baru chelsea, hiddink, pellegrini dan villas boas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan