Isnin, 16 Mei 2011

Glory Glory!!!

satu mata yang diperoleh di ewood park sudah cukup untuk MU untuk mengucup piala kejuaraan BPL buat kali ke19. rekod kejuaraan sebanyak 18 kali yang dikongsi bersama oleh liverpool dan MU, akhirnya berjaya dipecahkan seterusnya menabal MU sebagai kelab bola sepak england yang paling berjaya dengan merangkul 19 kejuaraan liga.

gol yang dijaringkan rooney menerusi sepakan penalti merupakan gol yang ditunggu2 untuk dijelmakan ketika MU bertemu dengan blackburn rovers (BR) pada hujung minggu lepas. walaupun menguasai sebabahagian besar permainan, namun MU gagal memecahkan benteng kental BR yang mendahului MU 1-0 setelah memperoleh gol melalui rembatan deras brett emerton. percubaan demi percubaan, serangan demi serangan dilakukan, tetapi berjaya dipatahkan oleh pertahanan BR, sehinggalah chicharito dijatuhkan oleh penjaga gol BR, paul robinson dan pengadil menghadiahkan MU sepakan penalti walaupun mendapat bantahan daripada pemain2 BR.

secara keseluruhannya, MU bermain di bawah tahap yang sebenar. ini mungkin taktikal SAF yang tidak mahukan pemain2 MU bermain terlalu bersungguh2 bagi mengelakkan kecederaan. apa yang penting adalah MU bermain dengan sasaran untuk mencuri satu mata penting daripada BR. ternyata MU berjaya menterjemahkan impian dan harapan kepada realiti sekaligus menjuarai BPL musim ini, menewaskan cabaran terdekat iaitu chelsea.

seperti yang diakui oleh SAF, kemenangan ke atas west ham united merupakan titik tolak kepada MU untuk melangkah dan terus melangkah ke arah kejuaraan kali ke19. dalam perlawanan tersebut, MU berjaya bangkit dari ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, untuk menjaringkan empat gol dan mendapat 3 mata penuh di tempat lawan. persembahan para pemain MU pada separuh masa kedua seolah2 menunjukkan MU mempunyai 'nafsu' yang tinggi bagi memastikan kejuaraan BPL musim ini.

walaupun rekod MU tidak begitu baik setiap kali beraksi di tempat lawan, tetapi rekod MU di OT pada musim ini amat cemerlang. OT menjadi kubu kuat MU dan merupakan platform utama MU untuk membolehkan MU menjuarai BPL musim ini. selain itu, kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain MU juga benar2 memberikan kelebihan kepada MU berbanding pasukan2 lain. ini dibuktikan dalam beberapa perlawanan apabila MU mampu mengubah keputusan perlawanan dari situasi akan kalah kepada sama ada seri ataupun menang.

next stop: final UCL at wembley.

GGMU!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan