Khamis, 12 Mei 2011

Entry tatkala hujan

awal pagi tadi, satu lagi kelab telah ditabal menjadi juara liga, siapa lagi kalau bukan barcelona. keputusan seri 1-1 dengan levante sudah cukup untuk barcelona meraihkan kejuaraan liga BBVA apabila mengetepikan cabaran real madrid dengan jurang perbezaan mata yang jauh. nampaknya, perbelanjaan besar yang dilakukan oleh real madrid pada musim lepas, masih belum memberikan pulangan yang setimpal. namun, sekurang2nya jose mourinho telah memberikan sedikit senyuman kepada real madrid apabila berjaya membawa pulang juara copa del rey. proses pembelian pemain telah dimulakan oleh real madrid apabila mendapatkan pemain turki, nuri sahin walaupun liga masih lagi belum tamat. kemasukan sahin ke real madrid dikatakan bakal menutup peluang kaka untuk beraksi seterusnya berhijrah musim panas ini. 

barcelona sudahpun disahkan juara liga sepanyol musim ini, mengikuti jejak borussia dortmund dan ac milan, yang menjuarai liga negara masing2. jika hanya mengambil kira liga 'besar' di eropah, hanya BPL dan ligue 1 sahaja yang masih belum dapat menentukan kelab mana yang menjadi juara. bagi BPL, kemungkinan besar juara dapat diketahui pada hujung minggu ini apabila MU berada di kedudukan cukup selesa di puncak liga dan memerlukan 1 mata sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan. lawan mereka hujung minggu ini, blackburn rovers pasti berhadapan tugas sukar untuk menidakkan peluang MU untuk menjadi juara kerana ketika ini, para pemain MU berada di tahap semangat yang tinggi.

namun, timbul pula dua isu yang agak menarik perhatian. isu yang pertama adalah tersiarnya berita mengatakan terdapat sebilangan penyokong2 blackburn rovers menjual tiket2 mereka kepada penyokong2 MU dengan harga yang tinggi. ini adalah kerana sudah pasti para penyokong MU ingin berada di stadium apabila MU berjaya memperoleh 1 atau 3 mata setelah tamatnya 90 minit perlawanan MU-blackburn rovers bagi meraikan kejayaan MU merangkul kejuaraan BPL buat kali ke19. isu kedua adalah melibatkan perlawanan akhir piala FA yang dijalankan pada hujung minggu yang sama dengan perlawanan2 BPL yang diadakan. ketika ini, saingan BPL sedang menuju ke kemuncak, dengan MU sedang memburu kejuaraan manakala beberapa kelab sedang bersaing untuk mengelakkan penyingkiran, seterusnya dikatakan akan menyebabkan perlawanan akhir piala FA menjadi hambar. beberapa pengulas bola sepak england telah menyuarakan pendapat mereka tentang perkara ini, namun tiada tindakan yang diambil oleh FA england.

sepertimana real madrid, kelab ternama jerman, bayern munich turut cuba menguatkan pasukannya apabila sedang mengadakan rundingan dengan schalke untuk mendapatkan khidmat manuel neuer. beberapa hari lepas, dikhabarkan perpindahan neuer ke bayern munich mungkin tidak menjadi kenyataan apabila bayern munich tidak membuat penawaran sepertimana yang dikehendaki oleh schalke. tetapi, berita terbaru mengatakan bayern munich telah menambahbaikkan tawaran mereka kepada schalke. dikatakan jika bayern munich gagal mendapat persetujuan bagi perpindahan neuer, beberapa kelab eropah lain seperti MU akan berusaha untuk membeli neuer.

24 mei ini akan berlangsungnya perlawanan testimonial bagi meraikan persaraan bekas kapten MU, gary neville. bagi perlawanan tersebut, kelab itali telah dijemput untuk menjadi lawan MU, mengulangi perlawanan separuh akhir UCL pada musim MU menjulang kejuaraan 'treble'. dikatakan rakan2 neville terutamanya dari 'class of 92' dijemput untuk turut beraksi bersama neville dalam perlawanan tersebut. 'class of 92' merupakan kumpulan pemain muda akademi MU yang kemudiannya menjadi tunjang utama MU dari pertengahan 90an sehinggalah ke tahun 2005. ianya terdiri daripada neville, adiknya phillips, beckham, scholes, giggs, butt dan beberapa pemain lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan