Ahad, 22 Mei 2011

Rekod, juara, menang, pindah.....

1. cristiano ronaldo mencipta rekod baru bagi penjaring terbanyak liga BBVA apabila menjaringkan 40 gol pada musim ini. ronaldo memecahkan rekod 38 gol yang pernah dipegang oleh lagenda real madrid, hugo sanchez.

2. real madrid memperoleh seorang lagi pemain baru untuk saingan musim hadapan apabila berjaya mendapatkan tandatangan pemain tengah bayern munich, hamit altintop yang akan menyertai real madrid secara percuma.

3. MU dikatakan tidak akan menyambung kontrak pemain tengah, owen hargreaves untuk musim hadapan kerana kegagalan hargreaves untuk cergas dan pulih sepenuhnya dari kecederaan. sepanjang 4 musim bersama MU, hargreaves hanya membuat penampilan untuk MU sebanyak 39 kali sahaja.

4. dengan kemenangan besar 8-1 ke atas almeria, real madrid memperoleh 102 gol dalam saingan liga BBVA musim ini.

5. MU dikhabarkan akan mendapatkan penjaga gol atletico madrid, david de gea setelah tawaran 17.5 juta pound diterima. dikatakan segala urusan perpindahan akan selesai dalam masa dua minggu ini.

6. SAF telah diberikan anugerah "barclays manager of the year" manakala nemanja vidic menerima anugerah "barclays player of the year".

7. arsenal diberitakan bersedia untuk melepaskan kapten mereka, cesc fabregas kepada barcelona dengan harga 50 juta pound.

8. semi finalist UCL musim ini, schalke 04 telah menjuarai piala FA jerman apabila mengalahkan kelab kerdil, MSV duisburg dengan keputusan 5-0 dalam perlawanan akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan