Selasa, 31 Mei 2011

Dah mula dah

bila dah abih ja musim, mola dah la perpindahan pemain2. tak kira la dalam BPL, ataupun liga2 lain, sahih akan ada pemain2 yang tamat kontrak, juai beli pemain dan sebagainya. tu pun tak termasuk dengan macam2 transfer gossip/rumours yang slalu disiarkan dalam media. bila ada ja minat dari lebih satu kelab, tak pasai2 ja harga pemain meningkat. dahla gaji pun makin mahai dah lani. kat bawah ni antara cerita/berita pasai perpindahan pemain:

1. penyerang bolton, johan elmander dah konfem kot nak join kelab turki, galatasaray lepas abih kontrak dia kat bolton.

2. defender wolves, michael mancienne mungkin dipancing oleh kelab jerman, hamburg kot.

3. spurs dah macam rela nak juai gareth bale dan luca modric. depa evaluate bale 50 juta pound manakala modric 25 juta pound. ni semua gara2 tak dapat main UCL musim depan.

4. duk kata barca dah nak tawar 30 juta pound kat arsenal nak beli fabregas. dan samping tu, barca pun nak bid 35 juta pound untuk beli giuseppe rossi dari villareal.

5. chelsea masih lagi nak simpan drogba tapi akan lepaskan anelka.

6. keeper aston villa, brad fiedel yang akan abih kontrak hujung musim ni mungkin akan join spurs untuk ganti gomes.

7. newcastle united minat nak beli berbatov dan akan ikut evaluation MU untuk harga berbatov iaitu sekitar 7.5 juta pound saja.

8. michael owen kata dia takmo blah dari MU walaupun kontrak dia akan tamat hujung musim ni.

9. MU akan cuba finalise deal dengan aston villa untuk beli ashley young.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan