Khamis, 5 Mei 2011

Aku takdak internet connection kat pejabat

nak jadi cerita, pusat ICT kampeni aku gheja ni bleh la plak terbakaq. tu pun dapat SMS yang bleh pi tau. ingatkan dah ok la bila dah masuk gheja selasa, tapi tak ok2 jugak.

bila dah tadak internet ni, pakai tak bleh la nak masuk FB. skali dengan blog ni pun tak bleh nak update. kira haru pening kepala la kat opis tu. mungkin seminggu ni memang takleh langsung nak guna internet kat opis. announcement pun wat guna SMS ja. jenuh la sapa2 yang dipertanggungjawabkan untuk sampaikan semua maklumat2 kat staf len guna SMS. tapi mungkin bleh claim kot lepas2 ni.

kalu nak ikutkan, banyak jugak yang aku nak post. isu banyak sangat yang timboi. tapi dengan aku cuti balik kampung dan malas nak men komputer tambah lak dengan tadak internet kat opis, kira tadak la semua tu aku nak sembang2.

bukan apa, satgi aku duk sengap ja, tak kira la dalam FB takpun blog, orang kata aku ni duk berkabung sebab MU kalah dengan arsenal baru2 ni. tapi atas masalah2 yang aku mention kat atas, harap paham dan maklum la no.

nak ulas pasai game MU-arsenal pun dah tak bapa syok sebab dah banyak ari dah lepas. apa yang boleh aku wat kesimpulan, MU dalam game tu cuba bermain terlalu mudah dan tadak urgency langsung untuk cari gol. mungkin bahasa mudah yang bleh pakai untuk describe gameplay MU malam tu adalah main2. cuba bermain tanpa tekanan. tapi at the end, semua tu memakan diri sendiri bila kalah sebijik dengan arsenal. anyway, arsenal pun main tak tara mana. rasanya kalu arsenal main baguih malam tu, tak mustahil MU leh kena banyak bijik.

MU dah selamat pi final UCL musim ni. lawan duk tunggu wakil dari spain, sapa lagi kalau bukan barcelona. mungkin kat final nanti, MU ni bleh la kot anggap sebagai underdog, maklumla barcelona ni kira favourite la nak jadi champ UCL. tapi apapun, tunggu dan lihat saja macam mana performance MU final tu nanti. apapun, tahniah wat SAF sebab jamin laluan MU ke final walaupun letak 2nd string lawan schalke dalam 2nd leg kat OT. sekurang2nya player2 utama bleh la rehat dan tumpu untuk game weekend ni lawan chelsea.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan