Ahad, 8 Mei 2011

Entry sebelum game MU-Chelsea

sebab dah lama dan jarang2 posting dalam blog sebab masalah server kat opis, aku nak ucap terima kasih la dulu kat geng2 aku yang mungkin duk tunggu2 posting aku ni.

perkara pertama yang menarik minat aku dalam minggu ni adalah pasai team kenari kat england, sapa lagi kalau bukan norwich city yang lani dah konfem layak main premier league (PL) musim depan. bukan apa, sebelum ni duk riuh la dalam championship league (CL) tu pasai QPR dan leeds, tiba2 ja norwich ni naik. dahtu norwich ni bleh layak main PL musim depan lepas satu musim ja naik main dalam CL. musim lepas nu, depa duk kat divisyen satu. kira peningkatan yang betoi2 membanggakan la. satu season ja bleh pun dari divisyen satu, lompat naik CL, dahtu next season men PL lak. mungkin proton teringin nak jadi sponsor lagi skali kot musim depan. sapa tau no heheh.

dahtu tahniah kat juara bundesliga yang baru iaitu borussia dortmund. tak sangka la dalam diam2 depa ni mampu jadi juara. tambah plak, team2 lain pun macam bayern munich, schalke, werder bremen dengan wolfsburg pun bukannya koman. dulu2 aku ada la jugak follow team dortmund ni masa depa masuk final UCL lawan dengan juventus. dahtu zaman rosicky dengan kehl ada pun aku duk amik tau jugak. tapi bila bayern munich duk naik mencanak dengan player2 gempak, aku pun teruih lost dengan bundesliga ni hehe.

apa lagi yang menarik adalah MU berjaya layak pi final UCL lepas menang dengan schalke. mola2 menang 2-0 kat jerman, dahtu bleh lak menang besaq 4-1 kat OT. SAF letak 2nd string ja masa lawan dengan schalke kat OT, tapi ternyata pemain2 yang diturunkan tak lepas peluang untuk bagi aksi yang baguih. terkejut jugak la bila tengok anderson pun bleh score sampai 2 bijik. anyway, dalam game tu, kredit jugak la kat berbatov sebab buka ruang kat pemain2 tengah cam anderson, gibson dan valencia untuk boh gol. sememangnya anderson ni memang berbeza la skit dengan pemain tengah MU lain yang duk ada lani. dia leh turun naik dan ada attacking instinct. beza la dengan gameplay carrick yang superb kat tengah ja. scholes pun len jugak sebab lebih kepada deep playmaker. fletcher pula central midfield yang suka box-to-box. apapun, MU akan bertemu barcelona, ulang balik final 2009 kat rome.

MU ada kelebihan la skit lawan chelsea kat OT. dengan rekod musim ni kat OT, dahtu sokongan fan2 sendiri, tak mustahil aihh nak menang dengan chelsea. tambah plak, ramai2 player yang fresh sebab rehat tak main masa MU lawan schalke baru ni. aku tak terkejut la bila chelsea nak letak torres main striker. duk tau dah, dia tak leh main dengan taktikal chelsea lani dan hanya buat rosak game chelsea ja. tapi bila torres tak men, paham2 la drogba la lead attacking chelsea. hat ni kira risau jugak la. tapi aku yakin, MU mampu menang dengan chelsea malam ni seterusnya menang titla BPL musim ni. 

GGMU!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan