Rabu, 11 Mei 2011

Panas... Panas....

1. emak kepada pemain tengah real madrid, kaka telah menyatakan dalam laman 'twitter'nya bahawa keluarganya akan berpindah ke kota london ogos ini. kenyataan ini telah dikaitkan dengan khabar mengatakan bahawa chelsea sedang berusaha untuk mendapatkan kaka. dalam pada masa yang sama, dikatakan pengurus real madrid, jose mourinho turut berminat untuk 'reunion' semula dengan lampard. kemungkinan, real madrid dan chelsea akan membuat pertukaran pemain dan hanya melibatkan sejumlah yuran perpindahan yang sedikit sahaja.

2. majalah ESPN telah mengeluarkan senarai bagi kelab sukan (tanpa mengira jenis sukan) yang mempunyai pembayaran purata gaji paling tinggi. kelab england yang bakal menjuarai BPL buat kali ke19, MU hanya berada di kedudukan ke16 dengan hanya membayar gaji purata sekitar 60 ribu pound seminggu. dua lagi kelab dari england iaitu chelsea dan man city berada dalam 'top-ten' manakala dua kelab sepanyol iaitu barcelona dan real madrid merupakan dua wakil dari arena bola sepak yang mampu bersaing dengan sukan lain seperti bola keranjang.

3.nampaknya fabregas bakal menjadi rebutan pada musim panas ini. tatkala sebelum ini fabregas yang sentiasa dikaitkan dengan barcelona, real madrid turut menyatakan hasrat untuk mendapatkan fabregas. namun kini, man city pula menimbulkan hasrat yang sama. jika khabar angin sebelum ini mengatakan real madrid dan barcelona akan menawarkan 35-40 juta pound kepada arsenal untuk fabregas, berlainan pula dengan man city apabila mereka bercadang untuk menawarkan 50 juta pound.

4. pemain sayap MU, antonio valencia bakal menerima kontrak baru setelah memberikan persembahan yang baik sekembalinya pulih dari kecederaan. valencia tampak semakin 100% cergas dan kini berpeluang untuk mendapat medal kejuaraan BPL buat kali pertama setelah menyertai MU dari wigan dengan harga 16 juta pound pada musim lepas.

5. liverpool dikatakan 'hot favourite' untuk membeli pemain sayap aston villa, ashley young yang diletakkan harga sekitar 20 juta pound. walaubagaimanapun, liverpool akan menghadapi saingan sengit daripada kelab lain seperti MU yang turut berminat terhadap young. liverpool telah mencuba untuk mendapatkan young pada bulan januari lepas namun gagal berbuat demikian.

6. penyerang real madrid, cristiano ronaldo telah menjaringkan 7 gol dalam 2 perlawanan dan kini sedang mendahului senarai penjaring bukan sahaja dalam liga BBVA, tetapi termasuk dalam saingan eropah. saingan terdekat bagi ronaldo adalah messi.

7. man city telah mengesahkan tempatnya untuk beraksi dalam saingan UCL musim hadapan setelah berjaya menewaskan spurs dengan keputusan 1-0. gol kemenangan man city disumbangkan oleh jaringan sendiri crouch. nampaknya, pada musim panas ini, man city sudah pasti akan berbelanja besar untuk membeli lebih ramai lagi pemain dan manakala bagi spurs pula, kemungkinan akan kehilangan beberapa pemain akibat kegagalan beraksi di UCL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan