Isnin, 9 Mei 2011

Review MU vs Chelsea

akhirnya, apa yang diidam2kan oleh SAF akan menjadi kenyataan. "knocking off their perch" merupakan ayat yang telah diucapkan oleh SAF tatkala diberikan tugas untuk mengendali MU 25 tahun yang lepas. ayat tersebut ditujukan khas kepada liverpool di mana ketika itu, liverpool merupakan pasukan yang cukup gah dan mempunyai sejarah yang hebat dalam arena bola sepak england.

kemenangan ke atas chelsea malam tadi membolehkan MU untuk menghampiri kejuaraan BPL buat kali ke19, iaitu kali ke12 jika mengambil kira tahun bermulanya BPL iaitu pada 1992. MU hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk memastikan kejuaraan muism ini berada di dalam tangan seterusnya memecahkan rekod memenangi 18 kejuaraan liga yang dikongsi bersama dengan liverpool. satu pencapaian yang amat membanggakan.

dalam perlawanan malam tadi, SAF membariskan skuad yang 100% cergas setelah pemain2 seperti rooney, chicharito, carrick, giggs, ferdinand, vidic, JSP dan fabio kembali ke kesebelasan utama selepas direhatkan dalam aksi separuh akhir UCL pada pertengahan minggu lepas. ternyata, MU tampak bertenaga terutamanya dalam separuh masa pertama apabila melancarkan serangan bertubi2 ke arah pintu gol chelsea selain menguasai dengan baik di bahagian tengah.

jentera tengah MU yang dikendalikan oleh carrick dan giggs bijak mengatasi kekangan trio midfield chelsea yang dibarisi oleh lampard, essien dan mikel. carrick dengan tenang menjalankan tugas2 defensif manakala giggs bijak menyusun pergerakan2 MU dengan hantaran2 yang kemas serta pandai mencari ruang2 kosong untuk membuat larian. carrick dan giggs yang diapit oleh valencia dan JSP juga benar2 memberangsangkan. larian2 pantas valencia memang cukup menyusahkan ashley cole. selain itu, hantaran2 silang daripada valencia turut menyebabkan pertahanan chelsea kerap kucar-kacir. seperti biasa, JSP merupakan pemain paling aktif dalam padang apabila selalu bergerak sama ada di bahagian sayap kiri mahupun membuat 'bursting' di kawasan tengah. ini sekaligus menyebabkan ivanovic gagal mengekori rapat pergerakan JSP. usaha keras JSP membuahkan hasil apabila MU memperoleh 2 gol dalam separuh masa pertama.

gandingan rooney-chicharito betul2 memberikan kelebihan kepada serangan MU buat masa ini. chicharito memiliki larian yang pantas dan kebijaksanaan mencari ruang dan peluang untuk melepasi kawalan pertahanan pasukan lawan manakala rooney gemar bermain secara 'free-role' bagi menjana serangan2 MU yang lebih berkesan. chicharito bolehlah dianggap pembelian terbaik BPL musim ini kerana MU hanya membelanjakan 6 juta pound sahaja untuk mendapatkan seorang penyerang yang telah menyumbangkan 20 gol dalam musim pertamanya bersama MU. rooney pula dilihat kembali ke prestasi sebenar dan kini perlu menunjukkan aksi yang lebih mantap dalam perlawanan akhir UCL nanti bagi membuktikan kemampuannya di peringkat tertinggi.

barisan pertahanan dan penjaga gol MU juga harus diberikan pujian. walaupun berusia 40 tahun, VDS masih lagi mampu 'terbang' dan mempunyai kelincahan seperti penjaga gol muda. kecekapan VDS menjaga gawang MU telah menyebabkan chelsea buntu untuk membuat serangan dan hanya menjaringkan gol menerusi lampard di waktu kelam kabut dalam kotak penalti MU. nampaknya fabio semakin mendapat tempat di hati SAF apabila diturunkan di posisi rightback. dan keputusan SAF memilihnya tidak mengecewakan apabila fabio mantap mengekang dan menghadkan pergerakan malouda. kemasukan smalling yang menggantikan fabio juga tidak memberikan masalah kepada pertahanan MU. o'shea turut memberikan prestasi yang bagus dan tidak menghadapi masalah apabila berhadapan dengan kalou. namun, mungkin mengalami sedikit kecederaan, o'shea dikeluarkan pada separuh masa kedua dan digantikan dengan evans. mungkin pada awalnya kemasukan evans dibimbangi akan menjejaskan benteng pertahanan MU, namun syabas buat evans kerana bermain dengan bagus. apa yang dibanggakan adalah MU kini memiliki semula pasangan pertahanan terbaik iaitu ferdinand dan vidic. kedua2 mereka bermain dengan efektif terutamanya dalam separuh masa kedua tatkala chelsea ghairah untuk memburu gol.

secara keseluruhannya, semua bahagian MU bermain dengan bagus. MOTM bolehlah dianuegerahkan sama ada kepada giggs ataupun JSP kerana kedua2 mereka begitu mantap dan menjalankan tugas masing2 dengan berkesan. tumpuan MU selepas ini sudah pasti terarah kepada perlawanan akhir UCL menentang barcelona yang bakal berlangsung di wembley. walaubagaimanapun, MU perlu menyudahkan tugas mencari satu mata terpenting di blackburn nanti bagi membawa pulang kejuaraan BPL yang terlepas hanya satu mata pada musim lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan