Sabtu, 21 Mei 2011

Sorotan seminggu

tahniah buat porto kerana menjuarai europa league setelah menang dengan kelab senegara, braga dengan keputusan kemenangan 1-0 hasil jaringan penyerang berbisanya dari colombia, falcao. kejuaraan porto tersebut merupakan kejuaraan kedua mereka musim ini setelah berjaya menjadi juara liga portugal tanpa mengalami sebarang kekalahan. ternyata porto yang kebanyakannya dibarisi pemain2 muda yang berbakat mampu untuk menyengat ditambah pula di bawah kendalian pengurus yang sedang meningkat naik iaitu andre villas boas. kini, pengurus porto tersebut dan dua pemain penyerang mereka iaitu hulk dan falcao sedang menjadi sasaran kepada kelab2 besar eropah lain. sebagai contoh boas dikatakan sedang diburu oleh chelsea untuk menggantikan ancelotti.

selain porto, juara ligue 1 yang baru iaitu lille, harus diberikan pujian. sepertimana porto, lille turut dibarisi dengan pemain2 muda. penyerang lille, gervinho yang merupakan pemain senegara dengan drogba, dikatakan antara pemain muda yang menarik banyak perhatian di arena bola sepak eropah. lille berjaya menjuarai ligue 1 buat kali pertama dalam jangka masa 50 tahun lebih. satu pencapaian yang amat membanggakan kerana berjaya menidakkan peluang kelab2 besar perancis seperti bordeaux, lyon dan sebagainya.

dalam perlawanan menentang newcastle united baru2 ini, chelsea telah memakai jersi baru yang akan digunapakai pada musim hadapan. chelsea telah memperkenalkan jersi baru dengan lebih awal mungkin untuk menarik minat para pembeli terutamanya ketika pra-musim.

oleh kerana layak untuk menyertai UCL pada musim hadapan,man city dijangkakan akan berbelanja besar untuk menguatkan pasukannya. dikhabarkan, man city bersedia untuk menawarkan real madrid sekitar 150 juta pound untuk mendapatkan cristiano ronaldo. selain ronaldo, terdapat beberapa pemain lagi yang cuba dipancing oleh man city seperti ashley young, drogba, dan sebagainya. namun, man city juga bakal kehilangan tevez yang dikatakan ingin berhijrah ke kelab lain pada musim hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan