Sabtu, 21 Mei 2011

Midfield tengah

maestro tengah ac milan, andrea pirlo telah menyatakan hasrat untuk keluar dari kelabnya pada musim hadapan setelah menghabiskan 10 tahun di sana. pirlo yang menyertai ac milan dari inter milan merupakan pemain tengah yang berpengalaman dan beberapa musim lepas, pernah dikaitkan dengan perpindahan ke MU. pirlo masih lagi mempunyai sekurang2nya 4 hingga 5 musim lagi di tahap terbaik kerana ketika ini, pirlo hanya berusia 31 tahun. dikhabarkan man city berminat untuk mendapatkan pirlo pada musim hadapan untuk menguatkan jentera tengah mereka. 

otai MU, paul scholes masih lagi berteka-teki sama ada untuk menyambung kontrak bagi setahun lagi. kemungkinan besar scholes akan membuat keputusannya selepas perlawanan akhir UCL hujung bulan ini. berbanding giggs, scholes tidaklah begitu menyinar pada musim ini terutamanya ketika beraksi dalam perlawanan separuh akhir piala FA menentang man city. dalam perlawanan tersebut, scholes dilayangkan kad merah dan secara tidak langsung menyebabkan MU gagal beraksi baik kerana bermain dengan 10 pemain. akibatnya, MU tewas dalam perlawanan tersebut.

kapten west ham united, scott parker dijangka akan menjadi rebutan antara kelab2 besar england memandangkan west ham united tersingkir dari saingan BPL musim hadapan. parker merupakan tunjang utama di bahagian tengah kerana kemampuannya menguasai kawasan tengah padang. parker dikatakan pemain yang sesuai untuk menjadi jeneral tengah arsenal yang kelihatan agak lemah ketika ini. selain arsenal, pengurus spurs, harry redknapp turut menyatakan keinginan untuk mendapatkan parker. setelah memberikan prestasi yang konsisten musim ini, parker telah kembali diberikan ruang untuk beraksi bersama skuad utama england dan peluang tersebut digunakan dengan sebaiknya oleh parker.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan