Khamis, 27 Disember 2012

Review: Kedah vs Kelantan (friendly)


Keputusan perlawanan:

KEDAH 0

KELANTAN 0


Kesebelasan utama Kedah:



Pertukaran pemain:

26 >> Santos
29 >> Nelson
Sabree >> Fiqkry
20 >> 24
Faizal >> 26
Akmal >> Khyril


Ulasan perlawanan:

Lebih kurang 10 ribu peminat bola sepak telah memenuhi Stadium Darul Aman untuk menyaksikan perlawanan antara Kedah dengan Kelantan. Walaupun ianya hanya perlawanan persahabatan, namun ramai beresak-esak untuk mendapatkan tiket dan kebanyakannya termasuk aku dapat memasuki stadium selepas 10 minit perlawanan bermula.

Kedah dilihat menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan Khyril bertindak selaku penyerang tunggal. Pemain import dari Brazil, Santos diletakkan di sebelah kiri manakala Nelson bertindak selaku 'attacking midfielder' yang merencana segala pergerakan Kedah. Pujian seharusnya diberikan kepada Nelson kerana walaupun telah sedikit berusia dan berisi, Nelson masih mampu menjadi 'playmaker' buat Kedah serta tidak segan dalam memberikan arahan dan menyusun pemain semasa perlawanan berlangsung.

Santos pula memiliki tubuh yang agak tegap dan jarang tewas ketika menghadapi 'body contact'. Mungkin oleh kerana baru menyertai Kedah, Santos tampak masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan Kedah. Selain itu, Santos kadang-kala tidak berada di posisi sepatutnya sekaligus menyukarkan Kedah untuk membuka permainan.

Zuraindey boleh dikatakan antara pemain yang menonjol kerana begitu berkesan dalam memberikan perlindungan kepada barisan pertahanan Kedah. Zuraindey banyak melakukan pintasan dan berani membuat bentesen serta terjahan bagi menghalang permainan Kelantan. Gandingannya dengan Baddrol di bahagian tengah menampakkan persefahaman terutamanya pada separuh masa kedua.

Bahagian pertahanan Kedah cukup mantap dalam menghadapi serangan Kelantan. Kelantan yang merupakan 'treble champion' pada musim lepas memiliki penyerang dan pemain tengah import yang berkemahiran tinggi tapi berhadapan kesukaran dalam merobek pertahanan Kedah yang menunjukkan semangat kental.

Kedah sebenarnya mampu untuk mengancam Kelantan tetapi gagal berbuat demikian dengan kerap kerana agak terlalu perlahan melakukan hantaran. Kelewatan Santos dan pemain nombor 24 untuk naik ke atas menyebabkan Khyril berseorangan apabila mendapatkan bola dan seterusnya mengakibatkan Kedah gagal melancarkan serangan secara pantas.

Selain itu, pemain muda Kedah tampak sedikit gugup dan kurang keyakinan untuk mengawal bola dengan lebih lama. Mereka melakukan hantaran kepada rakan secara kelam-kabut dan ini menyebabkan Kedah kehilangan penguasaan bola. 

Berdasarkan pemerhatian aku, Kedah mampu untuk memberikan persembahan yang lebih cemerlang jika memperkemaskan lagi dari segi hantaran. Kedah dilihat lebih sesuai menggunakan hantaran rendah berbanding tinggi bagi memudahkan Khyril membuat agakan sebelum berlari mencari ruang terbuka. Hantaran tinggi kerap menyebabkan Khyril berada dalam kedudukan offside.

Walaubagaimanapun, aku tabik hormat kepada semua peminat yang hadir ke stadium terutamanya penyokong Hijau Kuning yang tidak sedikitpun menunjukkan rasa kekecewaan bagi memberikan sokongan kepada Kedah walaupun umum mengetahui Kedah telah tersingkir dari Liga Super dana akan beraksi dalam Liga Perdana pada musim hadapan.

2 ulasan:

  1. 34 - farez azlan (x-kapten usm fc, dan sabah)
    28 - arman farez (x-kl)
    13 - keown
    24 - shazuan asyraf (mattew) (budak presiden kedah)

    BalasPadam
  2. tq bro. insya-allah lepas ni figure tu akan complete dengan nama

    BalasPadam