Rabu, 5 Disember 2012

Preview: MU vs CFR Cluj (UCL)


Dengan perhatian lebih tertumpu kepada perlawanan BPL hujung minggu ini, MU akan meletakkan kesebelasan utama yang majoritinya daripada pemain muda bagi bertemu CFR Cluj (Cluj) dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan H.



MU sudahpun mengesahkkan tempat ke pusingan seterusnya selaku juara kumpulan H walaupun berbaki satu perlawanan. Walaubagaimanapun, kedudukan sebagai juara kumpulan tidak menjanjikan laluan yang mudah buat MU nanti kerana selepas perlawanan terakhir kumpulan A hingga D, Real Madrid dan AC Milan berkemungkinan besar akan diundi untuk bertemu dengan MU memandangkan kedua-dua pasukan menjadi naib juara kumpulan masing-masing.

Dalam minggu ini, bolehlah dikatakan bahawa MU lebih memberikan perhatian kepada pertemuan dengan Man City berbanding dengan Cluj. Jadi, kesebelasan utama yang akan diturunkan dalam perlawanan awal pagi esok pastinya tidak akan dibarisi oleh sebahagian besar utama bagi memberikan ruang kepada mereka untuk berehat. Tetapi, mengikut SAF, Rooney akan tetap diturunkan kerana jika Rooney tidak beraksi dalam perlawanan secara kerap, persembahan Rooney akan sedikit terjejas.

Rupanya sebelum ini DDG memerlukan sedikit pembedahan di bahagian mulutnya bagi membuang giginya. Secara tidak langsung, DDG terpaksa berehat dengan lebih lama. DDG mungkin akan kembali membuat penampilan selepas tidak beraksi dalam empat perlawanan dengan mengawasi gawang MU awal pagi nanti.

Bahagian pertahanan MU pula akan menyaksikan gandingan Jones dan Evans di pertahanan tengah manakala Smalling dan Buttner mengambil tempat masing-masing di pertahanan kanan dan kiri. Rafael diketepikan kerana persembahan yang kurang memberangsangkan pada perlawanan lepas manakala Ferdinand direhatkan bagi memastikan kecergasannya untuk perlawanan hujung minggu ini.

MU akan menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan meletakkan Scholes dan Cleverly berpasangan di bahagian tengah. Cleverly memberikan kelajuan kepada bahagian tengah MU manakala Scholes akan ditugaskan untuk menggerakkan serangan MU. Kehadiran Scholes mungkin akan memperlahankan rentak permainan MU tetapi tenaga Cleverly akan dipergunakan dengan sepenuhnya bagi mempercepatkan hantaran.

Chicharito akan diturunkan sebagai penyerang tunggal bagi merobek pertahanan Cluj dan akan dibantu oleh Rooney, Welbeck dan Powell. Powell akan diberikan peluang untuk beraksi selepas menunjukkan prestasi yang bertenaga ketika bertemu dengan Galatasaray dua minggu lepas. Oleh kerana ketiadaan Kagawa, Nani, Valencia dan Young, Welbeck diletakkan di bahagian tepi dan akan menggunakan kepantasan bagi membantu MU melancarkan serangan.

Pemain muda yang diturunkan harus menggunakan peluang beraksi bertemu Cluj sebagai medan untuk mendapatkan perhatian dan kepercayaan SAF bagi mengisi tempat dalam skuad utama MU. Ini adalah kerana, seperti kebiasaannya, MU memerlukan pemainnya boleh beraksi dengan baik terutamanya dalam jangka masa dua bulan penting ini iaitu Disember dan Januari.


Kesebelasan utama:




Jangkaan perlawanan dan keputusan:

Cluj akan berjuang habis-habisan kerana sedang bersaing dengan Galatasaray untuk merebut satu lagi slot dari kumpulan H bagi mengiringi MU. MU pula, walaupun beraksi sebagai pelengkap jadual perlawanan, perlu mencari kemenangan bagi menaikkan semangat pasukan menjelang perlawanan setempat menentang Man City Ahad nanti. Aku menjangkakan MU memperoleh kemenangan tipis 2-1 dengan Rooney sekali lagi meledakkan dua gol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan