Isnin, 24 Disember 2012

Off Topic: Chong sana, chong sini


Aiii macam-macam benda aihh jadi sejak dua menjak ni. Ada kes gaduh la, wat cerita muhong la. Bila ada banyak cerita / isu ni, mula la gian aku nak cerita jugak. Tapi cerita skit-skit ja la. Kalu banyak satgi, dah jadi blog politik lak hahaha.

Isu pertama yang aku nak sentuh adalah pasai balak dan tarah hutan kat negeri Kedah yang kucintai. Ada jugak juak-juak pi wat demonstrasi kat Wisma Darul Aman suh jangan tebang balak. Dahtu kluaq sotkabaq kata Jabatan Perhutanan Kedah tak setuju keputusan Kerajaan Negeri la. Jangankan dalam paper, dalam tenet pun ada jugak berita pasai balak.

Tapi bila ada kluaq report rasmi dari Jabatan Perhutanan, depa nafi abih apa yang berita muhong yang duk canang. Berita tenet tiba-tiba bleh hilang. Dahtu pakai senyap teruih. Boh berita tak betoi tu, bleh kira fitnah oo. Boleh jugak kot Kerajaan Negeri nak amik tindakan mahkamah dan saman sebab boh berita tak betoi. Tapi taktau la depa nak saman sungguh ka dak.

Isu kedua pasai gaduh kat SP. Amboi, wat cerita kata ada rusuhan la, Melayu gaduh dengan India la, bakaq masjid la. Pakat heboh abih dalam blog, FB semua. Last-last takdak benda pun. Videoklip temuramah orang-orang SP duk ada dalam Youtube tanya pasai kes gaduh tu, sungguh ka dak. Video ni polis sendiri yang buat nak nafi berita muhong kata ada rusuhan antara kaum.

Isu ketiga adalah hukuman penjara kat budak nama Umar. Budak ni kena masuk mahkamah sebab kononnya halang DBKL wat gheja. Kena denda RM 1,000 dan penjara satu bulan. Katanya nak kena masuk jugak penjara, tapi yang terbaru hukuman ni hakim bagi tangguh. Yang pelik bukan apa, Umar ni takdak la wat silap sangat, tapi kena penjara. Yang pi rogol budak bawak umoq, dan memang sah ngaku silap, bleh lak pi lepas.

Isu keempat pasai cerita moto besaq dengan TV3. Marin tersebaq abih cerita pasai depa konvoi ramai-ramai pi TV3 untuk mintak abang MAS kita, sapa lagi kalu bukan Mazidul Akmal Sidek untuk minta maap sebab wat cerita mohong dalam Majalah 3. Tapi haram, cerita konvoi ni jangankan nak masuk dalam tv, dalam paper pun sahih tadak punya. 

Respek la kat mat-mat moto besaq sebab brani bersuara. Ni bukan kira parti politik ka hapa ka, cuma nak tunjuk yang rakyat lani dah peka dengan berita-berita muhong. Kalu berita pasai orang nek moto pun bleh muhong, berita pasai parti politik lagi la bleh kencing punya.

Isu last skali adalah pasai Malaysia yang tersenarai sebagai negara hebat dalam dua list. List pertama adalah isu rasuah ka penyelewengan ka yang mana Malaysia dua nombor dua blakang China. Satu lagi list Malaysia duk top five dalam money laundering. Todia, punya la teruk Malaysia wei!!! Negara kecik ja, tapi corruption skit punya banyak. So, apa fungsi kita selaku rakyat Malaysia? Tepuk dada tanya la sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan