Pertembungan dua kelab teratas yang merupakan perlawanan setempat Ahad ini pastinya mencuri perhatian peminat bola sepak apabila MU akan bertandang ke Etihad Stadium untuk bertemu Man City.
Walaupun sedang berada di tangga teratas, MU sebenarnya masih belum mempamerkan prestasi dan persembahan yang sepatutnya pada musim ini. Sebagai contoh, MU telah bolos tiga gol dalam masa 34 minit dan ini menunjukkan MU mempunyai masalah yang cukup ketara terutamanya di bahagian pertahanan. Tetapi mujur, bahagian serangan MU kerap menjadi penyelamat apabila memberikan jaringan yang membolehkan MU mendapatkan kemenangan.
Persediaan MU untuk berhadapan dengan Man City mungkin sedikit terjejas selepas kecederaan yang menimpa Anderson dan Cleverly. Pada musim ini, kedua-dua pemain menunjukkan prestasi yang bagus terutamanya Anderson kerana corak permainannya yang 'direct and robust' menjadikan serangan MU lebih dinamik dan bukannya mengharapkan kepada hantaran pemain sayap mahupun lorongan dari tengah.
Cleverly pula dilihat mampu memberikan tenaga dan kepantasan kepada bahagian tengah. Selain memiliki keyakinan membuat hantaran dalam ruang yang sempit, Cleverly juga rajin mengekang pergerakan pemain lawan berbanding pemain tengah MU yang lain.
Jadi, bagi memperkuatkan bahagian tengah ketika berkunjung ke Etihad Stadium, SAF akan menurunkan Carrick dan Fletcher. Mereka berdua berupaya untuk mengekori dan merapati pemain tengah Man City serta mampu untuk melakukan pintasan dan bentesan. Giggs dan Scholes berkemungkinan besar tidak diturunkan dalam kesebelasan utama bagi mengelakkan MU mengalami kelembaban di bahagian tengah.
Young yang turut beraksi dengan baik pada hujung minggu lepas akan turut diletakkan di bahagian tengah. Young akan berperanan dalam memberikan kepantasan di bahagian tengah yang sepatutnya diberikan oleh Cleverly. Selain itu, Young juga dapat memberikan bantuan kepada Evra di bahagian kiri.
Dengan menggunakan formasi 4-3-3, RVP akan mengetuai serangan MU dan akan dibantu oleh Rooney dan Welbeck di sebelah kanan dan kiri. Welbeck dipilih berbanding Chicharito kerana berkemampuan untuk bergerak ke tengah selain memiliki kepantasan dan susuk tubuh yang mantap. Rooney pula akan berfungsi selaku penggerak serangan MU dan akan bermain dengan sedikit ke belakang berbanding Welbeck mahupun RVP.
Pertahanan MU pula akan menyaksikan kembalinya Rafael, Ferdinand, Evans dan Evra di posisi masing-masing. Rafael pastinya ingin melupakan aksi tidak bermayanya minggu lepas. DDG dikekalkan sebagai penjaga gol selepas beraksi dengan baik dalam perlawanan pertengahan minggu ini. Yang penting, MU mesti memastikan bahagian pertahanan menunjukkan persembahan yang memberangsangkan di samping mengurangkan kesilapan jika tidak ingin dihukum sepertimana yang dilakukan oleh Reading.
Kesebelasan utama:
Jangkaan perlawanan dan keputusan:
SAF mungkin berasakan keputusan seri merupakan sesuatu yang cukup bernilai berdasarkan prestasi semasa MU. Namun, para peminat MU pastinya mahukan kemenangan bagi menebus kembali kehampaan yang dirasai pada musim lepas. Aku menjangkakan MU mampu melakukan magis dengan memberikan kekalahan sulung Man City dalam saingan BPL musim ini dengan mencatatkan kemenangan 2-1. RVP akan menjadi perbezaan antara MU dengan Man City.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan