Keputusan perlawanan:
MANCHESTER UNITED 3
van Persie 16'
Cleverley 19'
Rooney 59'
SUNDERLAND 1
Campbell 72'
Pemain terbaik perlawanan:
ROBIN VAN PERSIE
Kesebelasan utama MU:
Pemain gantian:
Scholes >> Carrick
Vidic >> Ferdinand
Giggs >> Cleverley
Ulasan perlawanan:
Gara-gara melakukan 'poznan' walaupun tewas 0-1 kepada MU dalam perlawanan akhir BPL musim lepas, Sunderland ingin dijadikan mangsa balas dendam oleh MU. Ketika itu, penyokong Sunderland yang sepatutnya berdukacita atas kekalahan sebaliknya bergembira seolah-olah meraikan kejuaraan BPL yang dimenangi oleh Man City dan ternyata perbuatan tersebut memberikan kepedihan kepada MU.
Jadi, kunjungan Sunderland ke OT hanya mengharapkan satu perkara sahaja iaitu kekalahan. MU bermula garang sebaik wisel permulaan ditiupkan. Boleh dikatakan bola lebih banyak berlegar-legar dalam kawasan Sunderland dengan MU bertukar-tukar hantaran melancarkan serangan sama ada dari sebelah tepi mahupun tengah.
MU tidak menunggu lama apabila pada minit ke16, Young yang berjaya melepasi kawalan dua pertahanan Sunderland bijak membuat hantaran silang rendah dalam kotak penalti Sunderland. Bola hantaran tersebut diterima baik oleh RVP yang kemudiannya mudah merembat masuk untuk gol pertama MU.
Sejurus gol pertama dijaringkan, MU dilihat bernafsu untuk menambahkan jaringan. Carrick yang beraksi cemerlang di bahagian tengah bijak membuka permainan MU dari bawah. Ini sekaligus memberikan ruang kepada Cleverley untuk bergerak lebih ke atas menyertai kuartet serangan MU yang dikepalai menerusi gandingan Rooney dan RVP.
Hasilnya, MU memperoleh jaringan gol kedua apabila hantaran 1-2 Cleverley dengan Carrick membuka sedikit ruang dalam kotak penalti Sunderland. Peluang tersebut dipergunakan dengan sebaik mungkin untuk Cleverley membuat rembatan melengkung melepasi jangkauan penjaga gol Sunderland, Mignolet. Sunderland jelas tertekan dengan serangan MU dan kembali memperkemaskan bahagian pertahanan yang turut dibantu oleh pemain tengah ketika bertahan.
Dengan mendahului dua gol, MU memperlahankan sedikit rentak permainan tetapi masih lagi mengekalkan penguasaan bola. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 2-0 berpihak kepada MU. SAF melakukan pertukaran pemain dengan mengeluarkan Carrick dan menggantikannya dengan Scholes.
Keputusan SAF tersebut seperti memberikan kesan buruk apabila bahagian tengah MU kelihatan longgar dan kerap kehilangan bola. Mujur bahagian pertahanan MU terutamanya Ferdinand dan Smalling pantas mengekang serangan Sunderland. Jones juga perlu diberikan pujian kerana kental bertahan selain cukup berkesan dalam membantu serangan MU.
Selepas terlepas beberapa peluang keemasan, Rooney akhirnya mencatatkan nama selaku penjaring apabila menyelinap di belakang Bramble untuk menolak masuk bola hantaran silang RVP yang sebelum itu bijak melepasi dua pertahanan Sunderland. Gol Rooney tersebut ternyata akan memberikan tiga mata penuh kepada MU.
Walaubagaimanapun, Sunderland menunjukkan kebangkitan dengan permainan yang lebih kemas terutamanya di bahagian serangan. Kemasukan Vidic yang menggantikan Ferdinand tidak dapat menidakkan Sunderland untuk mendapatkan gol. Cleverley dikeluarkan akibat kepenatan dan digantikan dengan Giggs.
Sebaik memperoleh satu gol, Sunderland cuba mengancam kubu MU dengan lebih kerap. Namun, MU kental bertahan dan sekali sekala melancarkan serangan yang menyebabkan Sunderland terpaksa bergerak sedikit ke belakang. Sebaik wisel penamat ditiupkan, MU bukan sahaja gembira kerana mencatatkan kemenangan tetapi mencapai kejayaan dalam misi membalas dendam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan