Rabu, 12 Disember 2012

Kompilasi berita MU


Berita skuad, khabar angin perpindahan pemain dan lain-lain.


1. SAF mengesahkan bahawa Vidic telahpun pulih dan berkemungkinan besar akan beraksi hujung minggu ini ketika MU bertemu Sunderland.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/manchester-united-nemanja-vidic-definitely-1485285


2. MU membayangkan untuk mendapatkan penjaga gol Stoke City, Asmir Begovic selepas gagal melihat aksi dan prestasi yang konsisten daripada DDG dan Lindegaard.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/manchester-united-in-chase-for-stoke-goalkeeper-1479230


3. SAF dikatakan berminat untuk membawa Walcott ke OT memandangkan kontrak pemain tersebut dengan Arsenal akan tamat hujung musim ini.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/manchester-united-transfers-theo-walcott-1484887


4. Nani yang kini masa depannya di MU terumbang-ambing diberitakan menjadi sasaran Arsenal dan kemungkinan besar Arsenal akan membuat bidaan ke atas Nani pada bulan Januari ini.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/arsenal-plan-january-swoop-for-manchester-1484113


5. Lagenda MU, Paddy Crerand menyatakan perasaan tidak puas hati ketika dalam temubual radio berkenaan insiden Ferdinand terkena balingan duit syiling yang mengenai keningnya sehingga berdarah.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/manchester-derby-hear-united-legend-1483026


6. SAF berharap untuk menewaskan beberapa kelab lain bagi mendapatkan pemain muda sensasi, Wilfred Zaha pada bulan Januari dengan bersedia meminjamkan semula Zaha kepada Crystal Palace sehingga tamat musim ini.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/wilf-zaha-manchester-united-willing-1481289


7. Evra berkata dirinya gembira berada di OT dan tidak berhasrat untuk menyertai PSG walaupun mengetahui kelab tersebut berminat untuk membawa Evra kembali beraksi di Perancis.

sumber: http://www.goal.com/en-gb/news/2896/premier-league/2012/12/09/3591252/evra-flattered-by-psg-interest-but-happy-to-stay-at


8. Neven Subotic mungkin akan menandatangani kontrak baru untuk terus kekal denga Borussia Dortmund sekaligus melenyapkan hasrat beberapa kelab besar eropah termasuk MU untuk mendapatkannya.

sumber: http://www1.skysports.com/football/news/11667/8322444/Transfer-latest-Borussia-Dortmund-star-Neven-Subotic-set-to-sign-new-deal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan