Khamis, 27 Disember 2012

Review: MU vs Newcastle United (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 4
Evans 25'
Evra 58'
van Persie 71'
Chicharito 90'

NEWCASTLE UNITED 3
Perch 4'
Evans (O.G.) 29'
Cisse 68'


Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

ROBIN VAN PERSIE


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Cleverly >> Scholes
Fletcher >> Chicharito


Ulasan perlawanan:

MU memerlukan tiga kali kebangkitan dan satu gol di minit akhir masa permainan bagi menumpaskan Newcastle United (NU) di OT dalam perlawanan yang berlangsung dengan cukup sengit. NU pastinya kecewa untuk pulang dengan tangan kosong walaupun membuat kejutan untuk mendahului MU tiga kali.

SAF mengambil risiko aapabila menurunkan Scholes dan Giggs secara serentak untuk beraksi di bahagian tengah MU bersama Carrick. Ianya amat merisaukan sebahagian besar peminat MU memandangkan ketiga-tiga mereka tidak mempunyai kelincahan dan ini akan menyebabkan permainan MU menjadi perlahan.

Keputusan SAF tersebut seolah-olah memberikan kesan buruk buat MU apabila NU berjaya meledakkan gawang gol MU tiga kali. Selain bahagian tengah MU yang agak longlai berbanding NU, barisan pertahanan MU juga tidak memberikan aksi yang baik apabila tertekan dalam mengekang dua penyerang NU iaitu Cisse dan Ba. 

Evra dan Giggs tidak menampakkan persefahaman yang mantap apabila kerap bocor menerusi larian pantas Simpson. Mujur Smalling dan Valencia bermain dengan baik di sebelah kanan dengan banyak melakukan pergerakan dan serangan buat MU.

Carrick mungkin boleh dipersalahkan apabila kegagalannnya mengawal kemas bola menyebabkan NU merampas bola sebelum Ba membuat rembatan jarak jauh yang hanya mampu ditepis oleh DDG. Bola tersebut singgah di kaki Perch yang mudah menolak masuk untuk menjaringkan gol. Sepertimana hujung minggu lepas, DDG tidak sepatutnya menepis bola untuk masuk semula ke kawasan bahaya.

Evans menunjukkan persembahan seperti yo-yo apabila beliau bukan sahaja menjaringkan gol penyamaan buat MU malah meyumbangkan gol sendiri yang membolehkan NU kembali mendahului MU 2-1. Banyak kesilapan yang dilakukan oleh Evans tatkala berhadapan dengan tekanan daripada NU. MU bernasib baik apabila Ferdinand bijak memberikan bantuan kepada Evans untuk memperkemaskan bahagian pertahanan MU.

Evra memperoleh gol kedua dalam dua perlawanan berturut-turut apabila rembatan jarak jauhnya menerjah jaring gol NU untuk menjadikan kedudukan 2-2. Namun begitu, kelapaan Smalling semasa berhadapan lontaran NU menyebabkan NU kembali di hadapan menerusi jaringan Cisse. MU tidak perlu menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila RVP menjaringkan gol selepas berlaku kekalutan dalam kotak penalti NU.

MU kemudiannya terus menggandakan usaha untuk memburu kemenangan. Banyak peluang yang dicipta namun RVP dan Chicharito gagal menemui sentuhan jaringan. Ketika NU seperti ingin menamatkan perlawanan dengan keputusan seri, MU berjaya memperoleh gol kemenangan apabila Chicharito bijak untuk menyudahkan hantaran jauh menarik dari Carrick.

Selain meraikan kemenangan yang cukup berharga selepas terpaksa bekerja keras, MU juga menerima khabar gembira apabila Man City tumpas 0-1 kepada Sunderland. Kini, MU berada di kedudukan selepas untuk melangkah ke tahun baru apabila memiliki perbezaan tujuh mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan