Jumaat, 21 Disember 2012

Preview: MU vs Swansea City (BPL)


Menjelang perayaan Krismas ini, MU akan bertandang ke Swansea City (SC) bagi perlawanan pertama dari tiga perlawanan yang bakal diharungi dalam tempoh masa enam hari.




Selepas debaran undian UCL berakhir apabila MU diundi untuk bertemu dengan gergasi Sepanyol, kini tumpuan kembali semula teralih kepada saingan BPL. Pada hari Ahad ini, SC akan menjadi tuan rumah bagi melayan kunjungan MU dalam perlawanan terakhir pusingan pertama BPL.

Pada musim lepas, MU hanya berupaya menang tipis dengan SC, itupun menerusi gol kemenangan yang dijaringkan oleh Giggs ketika perlawanan menghampiri masa penamat. Mungkin kerana SC baru sahaja beraksi buat pertama kalinya dalam BPL, MU tidak dapat mengagak bagaimana corak permainan SC yang ketika itu di bawah kendalian Brendan Rodgers.

Pada musim ini, di bawah pengurus yang baru, Michael Laundrup, SC tampak mantap. Bukan sahaja corak permainan yang menarik malah kehadiran beberapa pemain baru yang memberikan impak kepada prestasi SC. Salah seorang pemain baru tersebut adalah Michu, seorang yang pada asalnya pemain tengah tetapi telah diletakkan sebagai penyerang oleh Laundrup. Tindakan tersebut memberikan hasil yang cukup memberangsangkan apabila Michu kini mendahului senarai penjaring gol terbanyak BPL dengan 13 gol.

Jadi, pastinya MU perlu berwaspada dengan ketajaman Michu di hadapan pintu gol. Barisan pertahanan MU kini tampak semakin pulih selepas kehadiran semula Vidic, Jones dan Smalling. Aku merasakan SAF akan meletakkan gandingan Ferdinand dan Smalling di pertahanan tengah manakala menyenaraikan semula Rafael sebagai pertahanan kanan. Evra seperti biasa berada di pertahanan kiri.

Pemilihan pemain amat penting sempena Krismas ini kerana MU mempunyai tiga perlawanan yang akan berlangsung dalam tempoh enam hari. Pemilihan pemain yang tepat mengikut kesesuaian strategi dan formasi dapat memastikan kecergasan pemain selain membolehkan MU meletakkan kesebelasan terbaik bagi mendapatkan kemenangan.

Bahagian tengah dan serangan tidak akan ada sebarang perubahan dengan SAF akan mengekalkan kesemua pemain dari kesebelasan utama MU menentang Man City dan Sunderland. Boleh dikatakan bahagian tengah dan serangan MU ini merupakan yang terbaik kerana berjaya menghidang corak permainan yang menarik terutamanya ketika melancarkan serangan.

Cabaran yang bakal diberikan oleh SC seharusnya tidak dipandang mudah oleh MU. Aku juga tertarik dengan corak permainan SC yang gemar menerapkan 'passing game' dan ini kadang-kala menyukarkan pihak lawan untuk merampas bola dari kaki pemain SC. Jadi, MU akan mengharapkan Cleverly untuk memberikan tekanan kepada pemain tengah SC sementara Carrick ditugaskan memintas hantaran di samping melindungi pertahanan MU.

Kemenangan harus dicapai oleh MU bagi memastikan MU melangkah ke tahun baru selaku pendahulu liga selain mencari perbezaan selesa dengan menjarakkan diri dengan Man City. Dengan skuad MU hampir bebas dari sebarang kecederaan, MU dilihat dapat mengharungi perayaan Krismas ini dengan lancarnya.


Kesebelasan utama MU:



Jangkaan perlawanan dan keputusan:

Satu perlawanan yang agak mencabar bakal dihadapi oleh MU. SC akan menggunakan corak permainan yang gemar bertukar hantaran bagi merobek pertahanan MU. Namun, aku yakin MU mampu untuk menundukkan SC di halaman lawan dengan keputusan 3-1. Gol-gol MU pastinya disumbangkan oleh Rooney dan RVP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan