Keputusan perlawanan:
MANCHESTER UNITED 2
McAuley 9'
van Persie 90+1'
WEST BROMWICH ALBION 0
Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):
MICHAEL CARRICK
Kesebelasan utama MU:
Pertukaran pemain:
Scholes >> Cleverley
RVP >> Kagawa
Ulasan perlawanan:
Walaupun keputusan 2-0 berpihak kepada MU, namun kemenangan tersebut diperoleh selepas melalui proses yang agak sukar kerana West Bromwich Albion (WBA) berjaya memberikan tentangan sengit kepada MU di OT. MU berada dalam tekanan untuk mencatatkan kemenangan terutamanya dalam separuh masa kedua apabila WBA cuba untuk memburu gol penyamaan.
Gol pertama seawal minit ke9 sepatutnya memberikan platform kepada MU untuk mendapatkan cengkaman dalam perlawanan. Walaubagaimanapun, barisan pertahanan WBA kental menahan asakan MU dengan penuh disiplin dan kadang-kala cuba memerangkap MU menerusi serangan balas pantas.
SAF melakukan lima perubahan pemain terhadap kesebelasan utama yang diturunkan ketika bertemu Newcastle United. SAF memilih untuk menggunakan formasi 4-2-3-1 melakukan tujuh perubahan dengan menyenaraikan Welbeck selaku penyerang utama dan Kagawa berada di belakangnya sebagai penghubung antara serangan dan tengah.
Young dan Vidic kembali beraksi dalam kesebelasan utama selepas tersisih pada perlawanan lalu. Cleverley juga tersenarai untuk berpasangan dengan Carrick di bahagian tengah MU. Posisi selebihnya tiada sebarang perubahan di mana Smalling meneruskan tugas di pertahanan kanan, Valencia di sayap kanan, Evans bergandingan dengan Vidic di pertahanan tengah, Evra di pertahanan kiri dan DDG menjaga gawang gol MU.
MU seolah-olah memberikan hadiah hari lahir ke71 lebih awal kepada SAF apabila bukan sahaja mengutip mata penuh, malah berjaya memperoleh 'clean sheet' yang sememangnya agak jarang buat MU pada musim ini. Selain itu, MU berjaya melangkah ke tahun baru dengan mengekalkan perbezaan tujuh mata di hadapan pencabar terdekat, Man City.
Walaupun baru kembali beraksi, aksi Vidic amat memukau ketika bertemu WBA. Kehadirannya sedikit sebanyak mengembalikan kestabilan pertahanan MU yang sebelum ini agak rapuh. Vidic berjaya memintas banyak hantaran bola tinggi yang dilakukan oleh WBA terutamanya dalam separuh masa kedua di mana ketika itu MU jelas beraa dalam tekanan sehingga memaksa Valencia turun ke bawah beraksi di pertahanan kanan sekaligus menolak Smalling ke pertahanan tengah untuk bersama-sama Vidic dan Evans.
Aksi konsisten yang ditunjukkan oleh Carrick banyak membantu MU dalam mencatatkan kemenangan. Jika dilihat secara mendalam, Carrick kerap melakukan hantaran ke hadapan yang tepat kepada rakan seterusnya memulakan pergerakan MU untuk melancarkan serangan. Persefahamannya yang baik dengan Cleverley memudahkan tugas Carrick dalam mengemudikan bahagian tengah MU.
Selain Carrick, Young juga mencuri tumpuan apabila sentiasa berani untuk mencuba melepasi kawalan pertahanan WBA dan membuat hantara silang. Prestasi sebegini sememangnya diharapkan dari Young yang sebelum ini menampilkan persembahan yang tidak memberangsangkan. Gandingan Young dengan Evra di sebelah kiri menampakkan keberkesanan sama ada ketika bertahan atau menyerang.
Gol kedua yang dijaringkan oleh RVP benar-benar memberikan kelegaan kepada MU kerana gol tersebut telah melumpuhkan semangat dan keyakinan WBA untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata dari OT. Setakat ini, RVP telah meledakkan 17 gol sejak menyarung jersi MU dan menjadikan dirinya sebagai pemain kegemaran di kalangan peminat MU.
Kemenangan ke atas WBA membolehkan MU terus berada di persada BPL dengan kelebihan selesa. Pada musim lepas, MU tewas kepada Blackburn Rovers dalam perlawanan menjelang tahun baru tetapi pada musim ini, MU berjaya membuktikan sebaliknya bertepatan dengan kenyataan SAF bahawa MU kini berada di landasan terbaik untuk menjulang kejuaraan BPL musim ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan