Jumaat, 7 Disember 2012

Review: MU vs CFR Cluj (UCL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 0

CFR CLUJ 1
Luis Alberto 56'


Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

DANNY WELBECK


Kesebelasan utama:

 
 
Pemain gantian:

Scholes >> Cleverly


Ulasan perlawanan:

Gol jarak jauh yang cantik dijaringkan oleh Luis Alberto telah menyebabkan MU tersungkur di halaman sendiri. Tetapi gol tersebut gagal untuk membolehkan CFR Cluj (Cluj) untuk mengiringi MU ke pusingan kalah mati kerana kemenangan yang diperoleh di OT tidak cukup untuk mengatasi kelebihan Galatasaray.

Seperti yang dijangkakan, SAF akan merehatkan sebahagian besar pemain utama dan memberikan peluang beraksi kepada pemain-pemain muda. Giggs diturunkan selaku kapten pasukan tetapi gagal menunjukkan persembahan yang memberangsangkan kerana tidak mengemudikan bahagian tengah MU dengan baik yang turut dibarisi oleh Cleverly dan Powell.

Nasib yang tidak baik menimpa Cleverly yang terpaksa dikeluarkan akibat mengalami kecederaan dan tempatnya digantikan oleh Scholes. Sepertimana Anderson, khidmat Cleverly mungkin akan dilupakan buat sementara waktu dan ini sememangnya menggusarkan bahagian tengah MU. Tambahan pula, MU masih lagi kehilangan Valencia, Nani dan Kagawa yang belum pulih dari kecederaan.

Welbeck mencuri tumpuan kerana berjaya mempamerkan persembahan yang bertenaga. Banyak lariannya mengucar-kacirkan pertahanan Cluj. Namun, kerajinan Welbeck tidak memberikan sokongan dan bantuan secukupnya kepada Chicharito yang mempunyai perlawanan yang sedikit sunyi. Rooney pula sedikit tenggelam dan mungkin tumpuannya semasa perlawanan sedikit terjejas kerana lebih diberikan kepada pertemuan dengan Man City.

 Bahagian pertahanan MU tidaklah begitu mengecewakan. Smalling dan Wootton bergandingan dengan baik menghalang serangan Cluj. Jones tampak kembali mendapatkan 'match sharpness and fitness' dan ini sesuatu yang menggembirakan kem MU. Buttner boleh dikatakan bermain di tahap biasa dan masih lagi jauh jika beliau ingin mencabar Evra bagi slot pertahanan kiri.

Kembalinya DDG memberikan keceriaan kepada para peminat MU kerana DDG tampak lebih berkemampuan menjaga gawang MU berbanding Lindegaard buat masa ini. Mungkin turunnya DDG dalam perlawanan menentang Cluj, menjadi perlawanan pemanas badan buat DDG memandangkan beliau tidak beraksi dalam beberapa perlawanan terdahulu.

Walaupun tumpas, SAF mungkin boleh berasa lega kerana dapat memberikan pemain-pemain utama berehat bagi menyediakan pasukan untuk perlawanan setempat Ahad ini. Dengan Rooney sedang kembali ke prestasi sebenar, MU berpeluang untuk memberikan kejutan di Etihad Stadium nanti.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan