Jumaat, 14 Disember 2012

Preview: MU vs Sunderland (BPL)


MU pastinya diharapkan akan terus mengukuhkan kedudukan di persada liga apabila melayan kunjungan Sunderland ke OT hujung minggu ini.



MU bakal menyambut semula kepulangan Vidic yang kembali beraksi selepas pulih dari kecederaan. Dengan adanya Vidic, pertahanan MU akan menjadi semakin mantap memandangkan sebelum ini Jones dan Smalling telah kembali beraksi. Evans pula hanya mengalami sedikit kecederaan dan mungkin akan direhatkan pada hujung minggu ini.

Mengikut kata Rooney, beliau sangat teruja untuk menentang Sunderland pada musim ini selepas kecewa dengan tindakan penyokong Sunderland yang menunjukkan rasa kegembiraan walaupun skuad mereka tumpas dalam perlawanan akhir BPL pada musim lepas. Ini adalah kerana penyokong Sunderland ketika itu seolah-olah meraikan kejuaraan BPL yang dimenangi oleh Man City.

Bagi memastikan MU meneruskan momentum kemenangan, SAF dijangkakan akan menurunkan kesebelasan utama terbaik dengan melibatkan nama-nama besar seperti Rooney dan RVP. Ini adalah untuk mengelakkan MU keciciran sebarang mata yang seterusnya akan memberikan ruang kepada Man City untuk merapatkan jurang perbezaan mata.

Carrick yang cukup cemerlang ketika bertemu Man City hujung minggu lepas akan meneruskan peranannya di bahagian tengah MU bersama-sama Cleverly. Dua pemain senior iaitu Giggs dan Scholes tidak akan bermula dari kesebelasan utama kerana ketika ini, MU tampak bermain dengan baik tanpa kelibat mereka berdua.

Young tampak seperti kembali ke prestasi sebenar amat menceriakan bahagian sayap MU yang sebelum ini sedikit tempang. Kehadiran semula Valencia turut memperkuatkan lagi serangan MU. Gandingan Rooney dan RVP di bahagian serangan pastinya tidak ingin diganggu oleh SAF tetapi akan memberikan peluang kepada Chicharito atau Welbeck sekiranya salah seorang atau kedua-dua Rooney dan RVP memerlukan masa untuk berehat.

Bahagian pertahanan menyaksikan sedikit rombakan kecil dengan memberikan laluan kepada gandingan Vidic dan Smalling di tengah. Ferdinand dan Evans akan diketepikan tetapi Rafael dan Evra akan kekal di posisi masing-masing. Rasanya DDG akan menempatkan dirinya selaku penjaga gol nombor satu MU selepas persembahan yang bertenaga pada minggu lepas.

Kemenangan 3-0 Sunderland ke atas Reading baru-baru ini membolehkan mereka keluar dari zon penyingkiran. Sebelum ini Sunderland mengalami sedikit masalah ketumpulan di bahagian serangan dan dengan kemenangan terbaru, Sunderland seperti telah mendapatkan kepercayaan baru. Jadi, Sunderland tampak akan memberikan cabaran getir buat MU dalam perlawanan yang berlangsung pada Sabtu ini.


Kesebelasan utama MU:



Jangkaan perlawanan dan keputusan:

Rooney dan RVP akan terus menunjukkan persefahaman yang baik sekaligus menjadi perbezaan antara MU dengan Sunderland. Gandingan antara mereka berdua dijangkakan akan menyumbangkan tiga gol dan ini akan memberikan kemenangan 4-1 kepada MU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan