Isnin, 3 Disember 2012

MU transfer rumours


Khabar angin yang tiup sepoi-sepoi bahasa tatkala tingkap perpindahan Januari semakin hampir.


1. MU sedang memantau perkembangan pemain tengah Jerman, Mesut Ozil yang dikatakan ingin berhijrah ke kelab lain selepas tempatnya dalam skuad utama Real Madrid diambilalih Luka Modric. Ozil dilihat sebagai pemain yang sesuai untuk menjadi pengganti Scholes.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/manchester-united-transfer-news-alex-1463271


2. Pemain muda Liverpool, Raheem Sterling yang ketika ini masih tidak menandatangani kontrak profesional kerana berusia 18 tahun telah menarik perhatian MU. Dengan MU telahpun mempunyai beberapa pemain muda England, SAF merasakan Sterling mampu untuk meningkat naik dengan menyertai MU.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/manchester-united-want-liverpool-wonderkid-1468664


3. SAF telah mengarahkan abangnya, Martin selaku ketua peninjau MU ke Seppanyol untuk melihat dan memberitahu berita tentang pemain tengah Athletic Bilbao, Oscar de Marcos. de Marcos dikatakan mempunyai corak permainan ala Keane.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/manchester-united-transfer-news-oscar-1470036


4. Banyak kelab besar BPL ingin mendapatkan pemain muda sensasi England, Wilfred Zaha. MU dikatakan bersedia untuk membuat pakej tawaran yang merangkumi yuran perpindahan sekitar belasan juta pound dan pinjaman semula ke Crystal Palace sehingga tamat saingan musim ini.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/manchester-united-want-to-sign-wilfried-1468722


5. Pemain tengah Inter Milan, Wesley Sneijder diberitakan tidak bersetuju menyambung kontraknya apabila ditawarkan gaji yang lebih rendah. Keengganan Sneijder telah diberikan perhatian beberapa kelab besar eropah termasuk MU.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/premier-league-clubs---manchester-1466950



Tiada ulasan:

Catat Ulasan