Isnin, 17 Oktober 2011

Sebab-sebab MU menggunakan pendekatan yang defensif

SAF membuat kejutan apabila meletakkan rooney, nani, anderson dan chicharito di bangku simpanan dan menurunkan empat orang pemain pertahanan tengah dalam kesebelasan utama. jika dalam perlawanan terdahulu, kebiasaannya kesebelasan MU memiliki kreativiti dalam menyerang dan ketajaman menjaringkan gol, tetapi untuk berhadapan dengan liverpool, SAF merombak kesebelasan utama dengan meletakkan pemain2 yang berupaya bermain secara utuh dan mempunyai saiz badan yang tegap. 

kita dapat lihat apabila fletcher bergandingan dengan jones untuk mengemudikan bahagian tengah MU. kehadiran jones dapat membantu tugas fletcher untuk mengimbangi pemain2 tengah liverpool terutamanya adam dan gerrard. menurut SAF, kekalahan MU dalam tiga aksi di anfield sebelum ini adalah berpunca dari kelemahan bahagian tengah. oleh sebab itu, SAF rela mengorbankan kreativiti untuk menyerang dan memilih pendekatan yang lebih selamat bagi memberikan perlindungan secukupnya kepada bahagian pertahanan. 

JSP juga dipilih oleh SAF berbanding nani kerana JSP dapat beraksi sebagai defensive winger. ini adalah untuk JSP mengekang larian dua pemain liverpool iaitu downing dan enrique. hasilnya, liverpool gagal menggerakkan serangan dari sebelah sayap dan banya mengharapkan gerrard bagi memulakan pergerakan dari bahagian tengah padang. 

dengan menggunakan taktikal yang lebih defensif, MU berjaya mengurangkan sokongan dan bekalan dari bahagian tengah liverpool kepada suarez. dalam perlawanan musim lepas, suarez merupakan duri dalam daging buat MU apabila bijak mengucar-kacirkan pertahanan MU namun dalam perlawanan terbaru ini, suarez ternyata hampa apabila kerap berada keseorangan di atas. selain itu, ketenangan dan pengalaman yang dimiliki memboleh ferdinand mudah membaca pergerakan suarez.

kecemerlangan MU turut disumbangkan oleh kecekapan DDG. DDG kemas menjaga pintu gol MU daripada dibolosi terutamanya apabila DDG pantas menyelamatkan percubaan merbahaya kuyt. DDG kini tampak sudah selesa beraksi sebagai penjaga gol utama MU dan berupaya menyesuaikan diri dengan corak permainan MU dan pasukan lawan serta bijak membuat keputusan dalam situasi genting. 

rombakan besar2an ini terpaksa dilakukan oleh SAF memandangkan MU mempunyai perlawanan UCL pertengahan minggu ini. tetapi yang lebih penting, SAF pastinya cuba membuat persediaan seawal yang mungkin bagi perlawanan BPL hujung minggu ini untuk bertemu seteru setempat yang digelar noisy neighbour, siapa lagi kalau bukan man city. mungkin kita boleh katakan bahawa SAF rela untuk MU seri atau tewas di tangan liverpool, tetapi SAF semestinya mengkehendaki MU mencatatkan kemenangan ke atas man city. kemenangan ke atas man city akan membolehkan MU kembali menerajui carta BPL selepas kini ketinggalan dua mata dengan berada di tangga kedua.

2 ulasan:

  1. Taktik ferguson ternyata menjadi.mu berjaya mengimbangi kekuatan Liverpool di tgh.kekuatan jones byk membantu.

    BalasPadam
  2. yup. jones mmg baguih jgk la men defensive mid. mmg pure defensive minded banding dgn carrick atau fletcher...

    BalasPadam