Khamis, 27 Oktober 2011

Preview: MU vs Everton


 setelah kecundang 1-6 di tangan seteru setempat iaitu man city, MU pastinya ingin memperbetulkan semula arah perjuangan bagi menjuarai BPL musim ini. kekalahan besar pada hujung minggu lepas boleh dikatakan mimpi ngeri buat sebahagian besar peminat2 MU dan diharapkan MU mampu untuk bangkit semula dengan menjadikan everton sebagai kelab untuk merawat luka kekecewaan.

SAF sekali lagi melakukan rombakan besar terhadap kesebelasan utama MU apabila bertemu kelab kerdil, aldershot pada pertengahan minggu ini dalam saingan piala carling. rombakan tersebut dilakukan terutamanya selepas SAF dianggap melakukan kesilapan dalam memilih pemain dan taktikal ketika melayan kunjungan man city di OT.

ramai peminat MU kecewa apabila kelibat vidic tiada ketika menentang man city dan sudah semestinya vidic akan kembali ke kesebelasan utama bagi perlawanan BPL nanti. vidic berkemungkinan besar akan bergandingan dengan jones selepas aksi yang kurang memuaskan daripada ferdinand dan evans. smalling akan beraksi di posisi rightback manakala kudrat evra masih ditagih bagi posisi leftback. keempat2 mereka akan memberikan perlindungan yang secukupnya kepada DDG berbanding hujung minggu lepas.

cleverly pasti kembali menjadi pilihan SAF untuk membarisi bahagian tengah MU selepas menampilkan aksi yang kemas ketika menentang aldershot. cleverly bakal digandingkan dengan anderson, mengembalikan gandingan cemerlang MU di awal musim ini. bagi posisi sayap pula, valencia dan nani akan menjadi taruhan SAF sementara young direhatkan. rooney sekali lagi akan mengepalai serangan MU bersama2 chicharito. ini adalah kerana welbeck agak tenggelam ketika MU tewas kepada man city baru2 ini. berikut merupakan kesebelasan utama MU bagi bertemu everton:

de gea

smalling - jones - vidic - evra

valencia - cleverly - anderson - nani

rooney - chicharito

dengan harapan untuk bangkit semula, aku yakin MU mampu menumbangkan everton di halaman lawan dengan keputusan 5-2 dengan rooney memperoleh hatrik manakala dua gol lagi disumbangkan oleh chicharito dan nani.

GGMU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan