Isnin, 31 Oktober 2011

Latest team news: Manchester United


1. dua pemain MU, chris smalling dan ahsley young akan diketepikan untuk beraksi buat sementara waktu kerana kedua2 mereka mengalami kecederaan. smalling akan berehat selama sebulan kerana mengalami keretakan tulang di kaki manakala young tidak akan beraksi untuk dua minggu gara2 kecederaan jari kaki. 

2. tom cleverly yang dikeluarkan pada minit ke55 dalam perlawanan MU-everton baru2 ini telah mengalami sedikit kecederaan di bahagian buku lali. ini sekaligus menyebabkan cleverly akan terlepas beraksi untuk MU dalam perlawanan pertengahan minggu ini menentang otelul galati dalam saingan peringkat kumpulan UCL musim ini. namun, cleverly dijangkakan akan kembali beraksi untuk perlawanan BPL hujung minggu ini bertemu sunderland.

3. SAF dikatakan berterima kasih kepada bekas penyerangnya, john sivebaek sempena meraikan ulang tahun ke25nya bersama MU. ini adalah kerana sivebaek menjaringkan gol kemenangan buat MU ke atas nottingham forest yang merupakan kemenangan pertama buat SAF ketika memegang tampuk pengurusan MU. kemenangan tersebut seterusnya menjadi pemangkin kecemerlangan SAF menerajui MU sehingga kini.

4. MU dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah newcastle united, cheick tiote selepas SAF tertarik dengan persembahan tiote. pemain antarabangsa ivory coast yang berusia 25 tahun itu menyertai newcastle united dengan hanya 3.5 juta pound pada musim lepas.

5. pertahanan MU, rio ferdinand diberitakan sedang mempertimbangkan untuk bersara daripada arena antarabangsa bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap MU. ferdinand kini bukan sahaja tertekan untuk mendapatkan tempat dalam skuad england, malah ferdinand juga berhadapan cabaran besar untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama MU.

6. penjaga gol MU, tomasz kuszczak akan dibenarkan untuk berhijrah keluar dari MU pada tingkap perpindahan bulan januari ini selepas kuszczak berada di tempat terbawah dalam senarai penjaga gol MU di belakang DDG, lindegaard dan amos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan