Rabu, 12 Oktober 2011

Berita ringkas dan padat

1. blackburn rovers telah menerima bayaran 100 ribu pound apabila pemain pertahanan MU, phil jones membuat penampilan sulung untuk england. ini adalah kerana terdapat klausa pembayaran tersebut dalam perjanjian perpindahan jones ke MU. blackburn akan menerima bayaran 100 ribu pound untuk setiap perlawanan sehingga 20 penampilan jones bagi england.

2. penolong pengurus MU, mike phelan mengakui bahawa MU sedang memantau progres penyerang sporting lisbon, ricky van wolfswinkel. penyerang berasal dari belanda itu menyertai sporting pada musim panas ini dan telah meledakkan enam gol dalam enam perlawanan terkini. selain MU, liverpool turut berminat untuk mendapatkan wolfswinkel.

3. pengurus MU, SAF telah memberikan sokongan kepada penyerangnya, wayne rooney apabila mengatakan rooney kini sudah matang walaupun rooney telah dilayangkan kad merah akibat menyepak pemain lawan. menurut SAF, rooney kini lebih matang dan tenang berbanding beberapa tahun yang lalu.

4. berita baik buat MU apabila kaptennya, nemanja vidic dijangkakan akan dapat diturunkan dalam kesebelasan utama MU bagi perlawanan BPL menentang liverpool. vidic yang berehat panjang setelah mengalami kecederaan dalam perlawanan BPL pertama MU telah kembali beraksi bersama skuad negaranya baru2 ini sekaligus meyakinkan SAF untuk menyenaraikan vidic dalam kesebelasan utama MU hujung minggu ini.

5. selain vidic, seorang lagi pemain MU iaitu tom cleverly telah kembali cergas dan berkemungkinan besar untuk menyertai skuad MU untuk berkunjung ke liverpool. cleverly bakal kembali beraksi selepas mengalami kecederaan ketika MU bertemu bolton wanderers pada bulan lepas.

6. bekas pemain MU, david beckham kini menjadi rebutan beberapa kelab eropah seperti PSG dan spurs kerana kontraknya bersama LA galaxy akan tamat tidak lama lagi. walaupun usianya telah mencecah 36 tahun, beckham masih mampu menarik minat kelab2 bola sepak memandangkan beckham ingin memastikan dirinya cergas beraksi bagi membolehkan dirinya mendapatkan tempat dalam skuad british bagi olimpik 2012.

7. walaupun telah menjalani hukuman pergantungan dua minggu dan denda 500 ribu pound, penyerang man city, carlos tevez bakal dikenakan lagi tindakan yang lebih teruk daripada pihak pengurusan kelabnya. tevez dikatakan akan menerima pergantungan untuk empat minggu lagi dan perlu membayar denda 1.5 juta pound jika penyiasatan dalaman yang dilakukan oleh man city mendapati tevez bersalah kerana enggan beraksi walaupun telah diarahkan oleh pengurus man city, roberto mancini.

8. man city dikatakan berminat untuk mendapatkan dua pemain napoli iaitu marek hamsik dan ezequiel lavezzi sebagai persediaan bagi menghadapi saingan musim ini jika mereka terpaksa melepaskan penyerang, carlos tevez. hamsik dan lavezzi menarik perhatian roberto mancini ketika man city bertemu napoli dalam perlawanan peringkat kumpulan UCL musim ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan