Ahad, 30 Oktober 2011

Review: MU vs Everton

Keputusan perlawanan:

Manchester United 1
Chicharito 19'

Everton 0


Ulasan perlawanan:

penyerang sensasi mexico, chicharito menjaringkan gol kemenangan buat MU untuk menewaskan everton di goodison park bagi memastikan MU terus berada di landasan untuk memburu kejuaraan BPL musim ini. selain itu, kemenangan tanpa bolos sedikit sebanyak menaikkan semangat para pemain MU terutamanya selepas kalah teruk di tangan man city pada minggu lepas.

sepertimana yang diakui oleh SAF, pertemuan menentang everton merupakan perlawanan yang agak mencabar dan MU berhadapan sedikit tekanan untuk memperbaiki permainan selepas persembahan yang teruk dalam perlawanan sebelumnya. jadi, MU tampak seperti menerapkan pendekatan yang lebih defensif  dengan menggunakan formasi 4-1-4-1. tujuan utama adalah untuk mengelakkan MU dari mengalami kekalahan dan pada masa yang sama cuba menjaringkan gol menerusi serangan balas yang pantas.

berdasarkan persembahan terdahulu, chicharito tidak begitu efektif apabila beraksi secara keseorangan di bahagian atas. tidak banyak gerakan atau larian yang dilakukan oleh chicharito, cuma mungkin SAF mempertaruhkan kebijaksanaan chicharito mencari ruang2 kosong untuk mengucar-kacirkan pertahanan everton. rooney pula lebih bertindak sebagai playmaker MU dengan cuba membuka permainan MU melalui hantaran2 yang kemas.

kehadiran semula cleverly ke kesebelasan utama telah mempertingkatkan kelajuan rentak permainan MU. namun, kadang kala hantaran2 cleverly kerap tersangkut dan mengakibatkan MU menghadapi tekanan untuk menguasai semula kawalan bola. namun, gandingan cleverly bersama rooney di bahagian tengah agak baik. mereka berdua diberikan sokongan yang baik oleh JSP. sepertimana cleverly, welbeck yang beraksi di bahagian sayap tidak banyak memberikan sumbangan bermakna. tidak banyak gerakan yang dihasilkan melalui welbeck. fletcher pula tampak begitu berkesan menguasai bahagian tengah padang dan memberikan perlindungan secukupnya kepada bahagian pertahanan MU.

bahagian pertahanan MU memberikan aksi yang mantap dan semestinya persembahan tersebut adalah berpunca daripada kekentalan vidic yang kembali semula beraksi selepas berehat panjang akibat kecederaan. evans sekali lagi diberikan kepercayaan oleh SAF memandangkan aksi ferdinand masih kurang memuaskan manakala smalling mengalami kecederaan. evans beraksi kemas di samping vidic. prestasi jones dan evra tidak mengecewakan apabila kedua2 mereka bijak bertahan serta naik ke atas membantu serangan. kekebalan benteng pertahanan MU turut dibantu oleh kecemerlangan DDG.

aku merasakan SAF sepatutnya menurunkan nani dan valencia dalam kesebelasan utama bagi memburu kemenangan ke atas everton dengan mengambil kesempatan di atas ketiadaan beberapa pemain utama everton. namun, keputusan SAF untuk menerapkan pendekatan yang selamat membuahkan hasil dengan mencatatkan kemenangan 1-0 bagi memperbaiki persembahan teruk minggu lepas. aku yakin MU akan mengekalkan momentum kemenangan ini untuk menghadapi perlawanan seterusnya.




Pemain terbaik perlawanan:

Nemanja Vidic

Tiada ulasan:

Catat Ulasan