Khamis, 13 Oktober 2011

Maskot, 100 juta pound, MLS dan lain2 lagi

1. pemain tengah borussia dortmund, mario gotze yang menjadi rebutan antara beberapa kelab besar eropah tidak menolak kemungkinan untuk menyertai kelab gergasi sepanyol, real madrid jika peluang tersebut tiba.

2. arsenal, liverpool dan MU dikatakan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan pemain muda, matt lecointe yang baru berusia 16 tahun. lecointe kini sedang beraksi untuk kelab bawahan, plymouth argyle diberitakan memiliki corak permainan yang hampir sama dengan pemain sayap arsenal, alex oxlade chamberlain.

3. selain arsenal, pemain tengah lille, eden hazard turut menarik minat real madrid apabila agen hazard mengakui bahawa real madrid ada menghantar skuad pemantau bagi melihat aksi hazard. 

4. pemain pertahanan MU, rio ferdinand sekali lagi digesa untuk menerima kontrak lumayan daripada kelab MLS bagi membolehkan dirinya menjadi duta liga bola sepak untuk menggantikan david beckham yang dijangkakan akan berhijrah keluar dari US sedikit masa lagi. ferdinand yang bakal berusia 33 tahun akan tamat kontraknya bersama MU pada tahun 2012 telah disasarkan oleh chicago fire.

5. penyerang MU, wayne rooney telah berkata bahawa beliau tidak begitu menggemari untuk bermain apabila beraksi di gelanggang liverpool iaitu anfield. rooney pada ketika kanak2nya, pernah menjadi maskot bagi skuad lamanya bagi perlawanan BPL antara everton dan liverpool. 



6. MU memperoleh khabar gembira apabila penyerang mereka iaitu chicharito bersetuju untuk terus kekal di OT apabila chicharito menandatangani kontrak baru selama lima musim. 

7. kapten MU, nemanja vidic diberitakan ingin bersara dari aksi perlawanan antarabangsa bersama serbia selepas gagal membawa skuad negaranya melayakkan diri ke kejohanan euro 2012. kekecewaan tersebut berpunca apabila vidic gagal menyempurnakan sepakan penalti dan hasilnya menyebabkan serbia tewas 0-1 di tangan slovenia.

8. liverpool dikatakan menggunakan pendekatan yang lebih menjurus kepada statistik persembahan apabila ingin membeli jordan henderson pada musim panas lalu. pada musim lepas, henderson memiliki rekod yang baik dalam mencipta peluang untuk menghasilkan gol sekaligus menarik minat liverpool untuk membelinya.

9. kelab portugal, porto telah meletakkan harga 100 juta pound ke atas penyerangnya, hulk apabila mengetahui arsenal berhasrat untuk membawa penyerang yang berasal dari brazil itu ke england.

10. chelsea akan mengemukakan tawaran baru pada bulan januari ini untuk mendapatkan pemain pertahanan atletico madrid, diego godin. pengurus chelsea, AVB ingin mendapatkan pemain pertahanan yang lebih berkualiti selepas kurang berpuas hati dengn prestasi alex terutamanya selepas alex menerima kad merah ketika chelsea bertemu fulham dalam perlawanan piala carling musim ini.

11. liverpool dikhabarkan akan berusaha untuk berunding terus dengan syarikat media antarabangsa bagi membincangkan tentang bayaran siaran langsung. ini adalah kerana liverpool berpendapat bahawa kelab2 besar di england perlu berbuat demikian bagi memastikan masing2 menerima bayaran setimpal memandangkan statistik terbaru menunjukkan BPL telah ditonton secara meluas di seluruh dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan