Rabu, 19 Oktober 2011

Review: MU vs Otelul Galati


Keputusan perlawanan:

Otelul Galati 0

Manchester United 2
Wayne Rooney pen 64', pen 90'


Ulasan perlawanan:

misi MU untuk mencari kemenangan sulung dalam saingan UCL musim ini telahpun tercapai apabila kunjungan MU ke romania memberikan pulangan tiga mata penuh. selain itu, kemenangan mengatasi otelul galati (OG) yang dikecapi merupakan platform terbaik buat MU sebagai persediaan untuk perlawanan penting BPL hujung minggu ini menentang seteru setempat, man city.

sepertimana yang telah ditunjukkan oleh MU ketika menentang benfica, persembahan MU agak mantap dengan bijak menguasai sebahagian besar pengawalan bola serta kemantapan di semua bahagian. kemunculan semula vidic yang terlepas dalam dua aksi terdahulu telah mengembalikan kekukuhan di benteng pertahanan MU terutamanya selepas SAF mengakui benteng pertahanan MU agak rapuh ketika bertemu FC basel.

kesebelasan utama MU yang diturunkan oleh SAF sememangnya bertujuan untuk mencari kemenangan. sebarang keputusan seri mahupun kalah cuba dielakkan bagi menutup peluang untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati. MU tidak menerapkan pendekatan yang terlalu menyerang dan terbuka tetapi mengambil langkah berhati2 dan bersabar untuk memecahkan benteng pertahanan OG.

walaupun dilabel sebagai pasukan kerdil berbanding MU, persembahan OG seharusnya diberikan pujian. OG cuba menggunapakai 'pressing game' sepanjang perlawanan apabila cuba menekan dan mengekang pergerakan MU walaupun pada ketika bola berlegar2 di kawasan MU. dengan corak permainan OG sedemikian, MU kelihatan sukar untuk merencanakan serangan disebabkan tidak dapat mengawal bola dengan lama, seolah2 tidak cukup masa untuk memikirkan tindakan atau keputusan seterusnya.

separuh masa pertama menyaksikan MU dan OG bermain secara 'tight' dan hanya membuat beberapa percubaan merbahaya ke arah pintu gol lawan masing2. MU yang memiliki peratusan pengawalan bola yang tinggi agak kurang berkesan dalam membuat 'final pass' dan menyebabkan rooney dan chicharito agak terpinggir dan kurang mendapatkan bantuan serta sokongan daripada bahagian tengah. 

gandingan anderson dan carrick di bahagian tengah benar2 memberikan kestabilan kepada MU memandangkan carrick kemas dalam mengawal kawasan tengah padang dan memberikan perlindungan kepada barisan pertahanan MU. anderson pula berfungsi untuk menggerakkan serangan MU tetapi tidak menerima sokongan secukupnya daripada nani dan valencia. valencia agak tenggelam apabila jarang membuat larian di bahagian sayap seperti kebiasaannya sementara nani kembali menyerlah pada separuh masa kedua.

mungkin selepas menerima arahan daripada SAF, MU meningkatkan sedikit kepantasan dalam membuat hantaran dan melancarkan serangan. hasilnya, cubaan rooney untuk menyilangkan bola kepada chicharito telah dihalang oleh pertahanan OG menggunakan tangan. pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada MU yang disempurnakan dengan mudah oleh rooney. apabila keputusan semasa berubah menjadi 1-0, permainan semakin rancak dengan kedua2 pasukan cuba untuk menjaringkan gol.

Rooney meraikan gol menerusi sepakan penaltinya bersama Carrick dan Nani


kegopohan dan kesilapan vidic untuk membentes pemain OG telah menyebabkan pengadil memberikan vidic layangan kad merah. namun, keputusan pengadil tersebut bolehlah dianggap berat memandangkan bentesan tersebut merupakan kesalahan berat pertama yang dilakukan oleh vidic. sejurus selepas itu, MU terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain dan OG tampak bersemangat untuk memburu gol penyamaan.

Vidic terkejut dengan keputusan pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepadanya


tatkala beraksi dengan kekurangan seorang pemain, kematangan telah ditunjukkan oleh para pemain MU. Mu dilihat tenang untuk membuat hantaran dan cuba untuk memperlahankan rentak permainan serta sekali sekala mengancam kubu OG. menerusi rooney, MU sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti apabila rooney dijatuhkan oleh pertahanan OG. rooney tidak mempersia2kan sepakan penalti tersebut dan menjaringkan gol kedua MU sekaligus menafikan peluang OG untuk melawan semula.

Gol kedua Rooney yang turut dijaringkan hasil dari sepakan penalti


secara keseluruhan, MU bermain dengan baik dan penuh disiplin. barisan pertahanan MU yang dibarisi oleh smalling, fabio, vidic dan evra telah memberikan aksi yang cemerlang. walaupun jarang diuji dengan percubaan yang benar2 merbahaya, namun lindegaard tidak segan untuk berkomunikasi dan memberikan arahan kepada barisan pertahanan MU. MU seharusnya mencatatkan kemenangan apabila OG bertandang ke OT nanti.


Pemain terbaik perlawanan: 
Wayne Rooney

Tiada ulasan:

Catat Ulasan