Jumaat, 7 Oktober 2011

Kompilasi berita berkaitan MU

1. ferdinand telah diketepikan oleh fabio capello untuk menyertai skuad england bagi perlawanan kelayakan euro 2012 menentang montenegro. ini adalah kerana capello merasakan ferdinand masih belum cergas sepenuhnya selain gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan ketika bersama MU.

2. akibat mengalami kecederaan tonsilitis, fletcher yang merupakan kapten scotland tidak akan beraksi untuk negaranya dalam perlawanan bertemu Liechtenstein.

3. kelab2 dari MLS dikatakan sedang cuba memancing ferdinand untuk berhijrah keluar dari MU. ferdinand yang bakal berusia 33 tahun dan beraksi untuk musim ke10 bersama MU kini berhadapan tekanan untuk menempatkan diri bukan sahaja dalam kesebelasan utama MU, bahkan england.

4. ireland utara tidak bercadang untuk memanggil evans untuk menyertai skuad negaranya kerana dikatakan mengalami sedikit kecederaan di bahagian buku lali. selain evans, ireland utara juga kehilangan tiga lagi pemain utamanya iaitu aaron hughes, jamie ward dan josh mcquoid.

5. lagenda MU, alex stepney yang menjadi penjaga gol ketika MU menjuarai kejohanan eropah buat kali pertama telah memilih peter schmeichel berbanding edwin van der sar sebagai penjaga gol terbaik yang pernah dimiliki oleh MU. schmeichel dikatakan memiliki kemahiran yang bagus sebagai seorang penjaga gol dan aura yang menggerunkan penyerang pasukan lawan.

6. bapa dan bapa saudara rooney telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana terlibat dalam penipuan pertaruhan dan perjudian. walaubagaimanapun, rooney masih diberikan peluang untuk beraksi bersama england selepas capello memberikan lampu hijau kepada rooney walaupun setelah mengetahui berita penahanan tersebut.

7. valencia berkata beliau tidak kisah beraksi di mana2 posisi selagi tersenarai dalam kesebelasan utama MU. dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini, valencia telah diminta oleh SAF untuk beraksi sebagai fullback akibat kecederaan yang melanda pemain pertahanan. SAF juga beranggapan valencia mampu beraksi dengan baik di bahagian tengah, mengikut jejak langkah giggs.

8. lindegaard berkemungkinan tidak akan menyertai skuad MU yang akan berkunjung ke liverpool nanti apabila mengalami kecederaan di bahagian kaki. lindegaard mengalami kecederaan tersebut ketika bermain dalam perlawanan MU-norwich city.

9. MU dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang sporting lisbon, ricky van wolfswinkel. penyerang berusia 22 tahun itu setakat ini telah menjaringkan enam gol dalam tujuh perlawanan dan dikatakan bernilai sekitar 11 juta pound.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan