Jumaat, 10 Jun 2011

Sepintas lalu

1. manusia terpantas dunia, usain bolt berpendapat bahawa dia mampu untuk menjadi pemain MU jika dia bersara dari dunia atletnya. bolt sudah tidak asing lagi dengan MU apabila pernah mengadakan lawatan ke OT selain memberikan tunjuk ajar dan sedikit nasihat kepada bekas pemain MU, cristiano ronaldo.

2. penyerang MU, chicharito yang ketika ini mewakili negaranya, mexico telah menjaringkan 5 gol dalam 2 perlawanan pertandingan piala emas yang ketika ini sedang berlangsung.

3. phil jones dibeli oleh MU dikatakan adalah untuk menggantikan owen hargreaves sebagai defensive midfielder yang baru bagi MU. phil jones telah diberi perhatian dan pujian oleh beberapa pengurus kelab england, seperti ancelotti, wenger dan allerdyce.

4. young dikatakan akan menerima gaji 130 ribu seminggu apabila menyarung jersi MU musim depan. rupa2nya, young sebenarnya bermula di posisi supporting striker sebelum beralih ke posisi sayap ketika menyertai aston villa di bawah kendalian martin o'neil.

5. MU akan cuba bid 10 juta pound untuk mendapatkan khidmat samir nasri dari arsenal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan