Isnin, 20 Jun 2011

Banyak sungguh aihh berita

1. penyerang MU, chicharito telah menjaringkan gol kemenangan buat negaranya apabila mexico berjaya mengalahkan guatemala dengan keputusan 2-1 sekaligus layak ke separuh akhir piala emas CONCACAF. chicharito menjaringkan gol menarik dengan membuat "back heel" melepasi jangkauan penjaga gol guatemala.

2. pemain pertahanan MU, wes brown kini menjadi sasaran kepada beberapa kelab seperti sunderland, everton, blackburn, bolton dan aston villa. namun begitu, diberitakan brown lebih berminat untuk menyertai everton kerana ingin beraksi bersama bekas rakannya di MU iaitu phillips neville. dikatakan everton akan menawarkan 3 juta pound kepada MU untuk mendapatkan brown.

3. bekas pemain tengah MU, owen hargreaves sedang berusaha keras untuk memastikan dirinya cergas sepenuhnya dari kecederaan dan bersedia untuk menerima tawaran kontrak secara "pay as you play" daripada mana2 kelab.

4. leeds united dikhabarkan berminat untuk mendapatkan tiga bekas pemainnya secara percuma. pemain2 tersebut adalah jonathan woodgate, lee bowyer dan alan smith yang dilepaskan secara percuma oleh kelab masing2.

5. dengan penampilan antarabangsa sebanyak 98 caps, michael ballack nampaknya tidak berpeluang lagi untuk beraksi bersama skuad jerman setelah beliau menolak tawaran jurulatih jerman ketika ini, joachim low untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan antara jerman dengan brazil pada bulan hadapan.

6. penyerang MU, wayne rooney menjadi satu2nya pemain bola sepak dari england yang berjaya menempatkan diri dalam senarai 20 ahli sukan terkaya di dunia.




7. pemain tengah everton, marouane fellaini telah memberitahu kelabnya untuk memenangi sebarang piala sekiranya ingin dia terus kekal di goodison park. fellaini masih mempunyai kontrak dua tahun lagi bersama everton setelah menyertai mereka dari standard liege dengan yuran perpindahan 15 juta pound.

8. aston villa dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan kapten blackpool, charlie adam daripada jangkauan liverpool. adam merupakan pemain yang tidak asing lagi kepada pengurus baru aston villa, alex mcleish memandangkan mcleish yang memberikan adam penampilan sulung pada tahun 2004 bersama skuad rangers.

9. kelab perancis, lille sedang berkira2 untuk membuat pinjaman selama satu musim untuk menggunakan khidmat pemain sayap MU, gabriel obertan. manakala dua kelab sepanyol, sevilla dan atletico madrid berminat untuk mendapatkan JSP. ini adalah kerana atletico madrid ingin membelanjakan sebahagian duit yang diperoleh hasil penjualan david de gea, sergio aguero dan jose reyes.

10. skuad B-21 england telah tersingkir dari kejohanan eropah B-21 selepas tewas 1-2 kepada skuad B-21 chezh republic. dalam dua perlawanan terdahulu, england hanya mampu seri dengan sepanyol dan ukraine.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan