Selasa, 21 Jun 2011

Berita menarik hari ini

1. pemilik chelsea, roman abramovich dikatakan akan membelanjakan 13.5 juta pound untuk mendapatkan khidmat pengurus porto, andre villas boas untuk menjadi pengurus chelsea yang baru. sekiranya terjadi, perpindahan tersebut akan menjadi yang termahal melibatkan seorang pengurus. villas boas yang berusia 33 tahun tidak asing lagi buat chelsea kerana pernah menjadi penolong kepada jose mourinho sewaktu mourinho menjadi pengurus chelsea.



Villas-boas - bakal pengurus chelsea



2. spurs telah memperkenalkan jersi baru untuk musim hadapan. spurs masih lagi menggunakan jersi keluaran puma dan akan memaparkan nama baru di jersi iaitu "aurasma", produk baru bagi sponsor utama spurs, autonomy yang merupakan syarikat pengeluar perisian komputer.

jersi baru spurs


3. kelab rusia, dinamo kiev diberitakan berminat untuk mendapatkan pemain tengah spurs, niko krancjar setelah pemain tersebut lebih banyak memanaskan bangku simpanan kerana tidak berjaya menempatkan diri dalam skuad utama spurs. pemain berusia 26 tahun tersebut yang berpindah dari portsmouth dua tahun lalu untuk menyertai spurs hanya membuat 37 penampilan sahaja. di samping itu, spurs kini menaruh minat untuk membeli pertahanan bolton wanderers, gary cahill tetapi perlu membelanjakan 17 juta pound sepertimana yang dikehendaki oleh bolton.

4. arsenal dikatakan sedang memancing pemain tengah schalke, jose manuel jurado dengan tawaran 7.5 juta pound. bekas pemain real madrid itu telah menarik perhatian pengurus arsenal, arsene wenger setelah menjadi nadi utama schalke terutamanya ketika mereka beraksi dalam UCL tahun ini.

juan manuel jurado


5. man city dan barcelona nampaknya bersaing sengit untuk mendapatkan pemain sayap udinese, alexis sanchez dengan masing2 telah mengemukakan tawaran yang bernilai tinggi. barcelona sudah pasti menjanjikan sanchez peluang untuk beraksi di samping messi dan xavi manakala man city pula menawarkan gaji yang amat tinggi.

6. pemain tengah QPR, adel taarabt dikhabarkan telah disasarkan oleh dua kelab london iaitu chelsea dan arsenal dengan melibatkan yuran perpindahan 10 juta pound. taarabt yang baru berusia 22 tahun merupakan kapten pasukan telah berjaya membawa QPR layak ke BPL pada musim hadapan.

rebutan dua kelab london


7. pemain sayap MU, gabriel obertan diberitakan akan menyertai kelab perancis, lille secara pinjaman untuk semusim bagi musim hadapan. namun, perkara tersebut masih belum mencapai kata persetujuan. seorang lagi pemain MU, richie de laet telah menyertai kelab yang baru layak ke BPL musim depan iaitu norwich city secara pinjaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan