Ahad, 12 Jun 2011

Gosip + berita perpindahan

1. perrghhh! berita terbaru mengatakan bekas pemain MU, cristiano ronaldo bersedia untuk keluar dari real madrid dan menyertai seteru setempat MU, man city. ini adalah kerana CR yang bercerita hasratnya itu kepada kenalannya berkata jika man city memenuhi permintaannya iaitu tawaran gaji 400 ribu pound seminggu, jersi nombor 7 dan lilitan tangan sebagai kapten, CR sanggup untuk menyertai man city. sebelum ini timbul spekulasi bahawa man city bersedia untuk menawarkan CR dengan gaji 350 ribu pound seminggu tetapi CR mahukan 400 ribu pound. jika man city benar2 inginkan khidmat CR, mereka sekurang2nya perlu membelanjakan sekitar 250 juta pound yang merangkumi yuran perpindahan dan kontrak gaji. satu jumlah yang agak besar, hanya untuk seorang pemain yang berkelas dunia.

2. penyerang yang baru menyertai MU selama 12 bulan, bebe telah dipinjamkan untuk satu musim kepada kelab turki, besiktas. selain itu, perjanjian itu juga membolehkan besiktas mempunyai pilihan untuk membeli bebe daripada MU dengan harga 2 juta pound. berbanding chicharito, pembelian bebe dilihat oleh kebanyakan peminat MU sebagai kerugian kerana gagal menyinar sekaligus tidak berupaya menempatkan diri dalam skuad utama MU. nasib yang serupa mungkin turut menimpa seorang lagi pemain sayap MU iaitu gabriel obertan.

3. MU dikatakan akan terus membelanjakan duit untuk membeli pemain2 baru walaupun timbul spekulasi bahawa kelab tersebut kini sedang berada dalam rundingan pembelian oleh pemilik baru. sepertimana berita yang pernah disiarkan dua atau tiga bulan lepas, sebuah syarikat dari qatar dikhabarkan berminat untuk memiliki MU dan sanggup untuk membayar 2 billion pound kepada keluarga glazer.

4. jika sebelum ini, barcelona dilihat akan berjaya mendapatkan khidmat penyerang udinese, alexis sanchez dengan melibatkan 22 juta pound dan pertukaran pemain muda mereka iaitu bojan krkic. namun rundingan mereka dikatakan tidak berjalan lancar setelah krkic tidak berminat untuk beraksi di itali sekaligus kini membuka peluang kepada SAF untuk mengemukakan tawaran 30 juta pound untuk mendapatkan sanchez. 

5. lagenda MU, eric cantona telah menyatakan persetujuan untuk membuat penampilan dalam perlawanan testimonial bagi meraikan persaraan paul scholes.

6. diberitakan pengurus liverpool, kenny daglish telah diberikan 80 juta pound untuk dibelanjakan bagi pembelian pemain2 baru untuk musim hadapan. setakat ini, liverpool telah membelanjakan 20 juta pound untuk mendapatkan jordan henderson dari sunderland.

7. man city diberitakan ingin bersaing dengan MU dan chelsea untuk mendapatkan pemain tengah spurs, luka modric. dikatakan man city bersedia untuk memberikan 2 kali ganda gaji modric ketika ini iaitu sekitar 55 ribu pound seminggu. memandangkan man city dan chelsea sememangnya berkemampuan untuk membeli dan menggaji modric, MU diragui untuk dapat menyaingi kemampuan kedua2 kelab tersebut.

8. samir nasri dikatakan telah meminta gaji 160 ribu pound seminggu sekiranya arsenal ingin nasri kekal di emirates. namun terdapat sumber mengatakan arsenal berkemungkinan tidak akan memenuhi tuntutan nasri dan bersedia untuk melepaskannya. sehingga kini, dua kelab manchester iaitu united dan city telah menyatakan minat masing2 untuk mendapatkan nasri.

9. aston villa kini dibelenggu masalah untuk mencari pengurus yang baru bagi menggantikan gerard houllier yang melepaskan jawatan tersebut kerana masalah kesihatan. setakat ini, empat individu yang dikaitkan untuk menjadi pengurus aston villa yang baru telah menolak tawaran tersebut. kini, dikhabarkan aston villa sedang mensasarkan pengurus bolton wanderers, owen coyle.

10. kelab yang baru layak untuk beraksi di liga perdana musim hadapan, swansea city berminat untuk mendapatkan penyerang fulham, eidur gudjohnsen jika pemain tersebut dilepaskan oleh fulham. ini adalah kerana pengurus swansea city, brendan rogers pernah melatih gudjohnsen ketika kedua2 mereka di chelsea.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan