Jumaat, 17 Jun 2011

Cerita wei cerita

1. liverpool telah memperkenalkan jersi ketiga yang baru. namun, jersi tersebut telah menerima banyak kritikan daripada peminat2 liverpool kerana mempunyai warna biru; warna seteru utama liverpool iaitu everton. walaubagaimanapun, secara umumnya jersi tersebut adalah berwarna putih.

Jersi ketiga Liverpool yang mencetuskan kontroversi


2. pada minggu hadapan, liverpool dijangkakan akan memperkenalkan pemain tengah yang baru, sylvian marveaux yang berasal dari perancis beraksi bersama kelab rennes. marveaux bakal menyertai liverpool secara percuma dikatakan menandatangani kontrak lima tahun bersama liverpool dengan bayaran gaji 60 ribu pound seminggu. kehadiran marveaux sekaligus akan menyebabkan penyerang liverpool, milan javanovic berpindah keluar memandangkan peluangnya untuk beraksi akan semakin tipis.

3. alex mcleish yang dilantik sebagai pengurus aston villa yang baru diberitakan telah menyerahkan senarai pemain2 yang beliau inginkan kepada pemilik aston villa, randy lerner. salah seorang pemain yang dikehendaki mcleish adalah penjaga gol birmingham city, ben foster kerana ketika ini aston villa tidak mempunyai penjaga gol utama selepas brad freidel yang tidak disambung kontraknya menyertai spurs bagi musim hadapan. sekali lagi aston villa telah mencetuskan lagi kemarahan para penyokong birmingham city kerana setelah berjaya mendapatkan bekas pengurus mereka, kini penjaga gol mereka pula disasarkan. sepertimana yang diketahui, aston villa dan birmingham city merupakan seteru setempat.

4. pengurus spurs, harry redknapp telah sekali lagi menyatakan keputusan untuk tidak menjual pemain tengahnya, luka modric kepada mana2 pasukan. redknapp menyatakan keputusannya tersebut setelah chelsea menawarkan 22 juta pound untuk modric. sebelum ini, MU juga telah dinafikan peluang untuk mendapatkan modric. 

5. dikhabarkan dalam masa 48 jam, penyerang ivory coast, gervinho akan sah menjadi pemain baru arsenal setelah melengkapkan perpindahan bernilai 10.6 juta pound. penyerang berusia 24 tahun tersebut bakal memperoleh kontrak selama 4 tahun. selain gervinho, pengurus arsenal, arsene wenger turut ingin membawa pemain tengah shakhtar donesk berasal dari brazil, willian dalam perjanjian yang merangkumi yuran perpindahan dan pemain tengah arsenal, denilson.

6. setelah dikatakan MU sedang berada di peringkat terakhir perbincangan dengan pihak pengurusan udinese bagi mendapatkan alexis sanchez, kini barcelona dan chelsea masing2 mengambil langkah yang lebih proaktif untuk membeli sanchez. chelsea dikatakan akan diberikan sejumlah wang yang banyak oleh pemiliknya untuk memastikan sanchez hadir sebagai pemain baru di stamford brigde.

7. penyerang antarabangsa cameroon, samuel eto'o yang kini beraksi bersama kelab itali, inter milan telah menyatakan hasratnya untuk bermain dalam BPL sekaligus meletakkan dirinya dalam pasaran pemain pada musim panas ini. eto'o pernah dikaitkan dengan beberapa kelab seperti arsenal, spurs dan chelsea namun ketiga2 kelab london ini tidak bersedia untuk membayar gaji 185 ribu pound yang kini sedang diterima oleh eto'o di inter milan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan