Selasa, 21 Jun 2011

Piala Gabenor Acheh 2011

oleh kerana rehat yang panjang selepas berakhirnya saingan liga super sebelum bermulanya piala malaysia, kedah telah dijemput untuk menyertai piala gabenor acheh 2011. ini merupakan platform terbaik buat kedah untuk membuat persediaan dan memperbaiki kelemahan pasukan sebelum bersaing dalam piala malaysia. sudah pasti kedah ingin membawa pulang piala malaysia ke kedah kerana dua kejuaraan iaitu liga super dan piala FA telahpun terlepas daripada jangkauan kedah. turut dikhabarkan adalah hadiah2 ditawarkan bagi piala gabenor acheh. juara bakal mendapat 100 juta rupiah iaitu sekitar RM 35 ribu, satu jumlah yang agak besar. peluang yang tidak harus ditolak oleh kedah.

walau apapun, semoga kedah memperoleh kejayaan dan berjaya membentuk pasukan yang mantap untuk menjuarai piala malaysia tahun ini.

PULUN KEDAH PULUN!!!

info: www.hijaukuning.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan