Rabu, 15 Jun 2011

Kompilasi berita

1. MU mungkn berjaya mengalahkan barcelona dan man city untuk mendapatkan alexis sanchez dengan harga 27 juta pound. ini adalah kerana CEO MU, david gill telah pergi ke sepanyol untuk berjumpa presiden udinese bagi membincangkan perpindahan sanchez ke MU. kesudian MU untuk membelanjakan lebih 4 juta pound dari tawaran asal MU kepada udinese telah membolehkan MU mengadakan perbincangan yang lebih lanjut berkenaan pembelian sanchez.

2. kelab itali, palermo telah meminta chelsea untuk membayar sekurang2nya 44 juta pound jika mereka ingin mendapatkan khidmat pemain tengah palermo, javier pastore. selain chelsea, real madrid dan barcelona turut dikaitkan dengan perpindahan pastore. setakat ini, pastore yang akan berusia 22 tahun minggu hadapan telah mempunyai 8 caps mewakili skuad argentina.

3. chelsea juga nampaknya akan berputih mata apabila penyerang muda brazil yang sudah lama disasarkan iaitu neymar berkemungkinan akan menyertai real madrid dalam jangka masa terdekat. agen bagi pemain berusia 19 tahun tersebut dikatakan kenalan rapat bari presiden real madrid sekaligus memudahkan segala urusan yang diperlukan.

4. seorang lagi penyerang yang dikaitkan dengan chelsea, sergio aguero dikatakan akan menolak tawaran tawaran chelsea untuk menyertai juventus. dikhabarkan kelab itali tersebut berjaya mengemukakan tawaran 40 juta pound menepati klausa pembelian dalam kontrak aguero bersama atletico madrid.

5. bekas pengurus chelsea, ruud gullit telah dipecat dari jawatan pengurus kelab rusia, terek setelah dilabel sebagai 'playboy' oleh presiden chechnya. ini adalah kerana presiden chechnya kurang berpuas hati dengan cara pengedalian gullit di kelab tersebut.
6. diberitakan pengurus sunderland, steve bruce kini sedang berada di tahap perbincangan bagi mendapatkan khidmat dua pemain MU iaitu wes brown dan darron gibson. selain itu, gibson yang merupakan seorang pemain tengah menyatakan kesudiannya untuk berhijrah ke sunderland jika peluang tersebut tiba. seorang lagi pemain MU, john o'shea yang sebelum ini menjadi salah seorang daripada tiga pemain MU yang ditawarkan oleh bruce dengan harga 12 juta pound tidak berminat untuk menyertai sunderland.

7. selain trio pemain MU, sunderland turut mensasarkan tiga lagi pemain bagi menguatkan skuad untuk musim hadapan. dengan menggunakan sebahagian besar yuran perpindahan yang diterima atas penjualan jordan henderson kepada liverpool, sunderland kini sedang memancing pemain tengah birmingham city, craig gardner, penyerang spurs, peter crouch dan pemain sayap wigan atletic, charles n'zogbia.

8. berdasarkan penilaian yang diletakkan aston villa, liverpool perlu membelanjakan 20 juta pound sekiranya mereka berminat untuk mendapatkan stewart downing. bakal kehilangan ashley young kepada MU, aston villa sedang berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan aset2 penting dengan meminta yuran perpindahan yang tinggi.

9. arsenal dikatakan sedang menghampiri untuk mendapatkan penyerang ivory coast dari juara ligue one, lille iaitu gervinho dengan harga 12 juta pound. di samping gervinho, arsenal juga sedang cuba untuk mendapatkan seorang pemain pertahanan tengah dengan mensasarkan sama ada pemain blackburn rovers, christopher samba ataupun pemain bolton wanderers, gary cahill. turut dinyatakan adalah kesediaan arsenal untuk membelanjakan sekurang2nya 30 juta pound untuk pembelian pemain2 baru bagi mengurangkan kemarahan peminat2 mereka yang tidak berpuas hati dengan skuad sedia ada.

2 ulasan:

  1. Player mana yg nak pi Chelsea kalau managernya belum ada….silap2 tak masuk dlm manager baru punya plan….La boleh beat Chelsea easily utk dptkan player2 sasaran sebelum dia appoint manager baru…hahahaha…

    Setakat ini mana2 player yg United approach mmg menyatakan minat nak join MU…so, senang sikit la nak beat rival…hopefully we can seal Young, De Gea & Sanchez (may be boleh deploy as attacking midfielder) ASAP...

    BalasPadam
  2. yup, bila tadak manager, mmg ada player2 tak berani nak join. bukan apa, beli atas kapasiti owner atau kelab. bukannya manager tu yg nak. contoh, join ja chelsea, alih2 mai manager takmo guna dia. wat rugi ja walaupun dapat gaji banyak

    BalasPadam