Rabu, 1 Jun 2011

BPL's promotion clubs

berlangsung sudah final play-off bagi merebut slot terakhir bagi kelab yang layak untuk beraksi dalam saingan BPL musim depan. perlawanan tersebut dimenangi oleh swansea city yang telah mengalahkan reading sekaligus menyertai dua lagi kelab dari liga kejuaraan iaitu norwich city dan QPR menggantikan tiga kelab yang tersingkir dari liga perdana iaitu west ham united, blackpool dan birmingham city.

ketiga2 kelab liga kejuaraan ini telah membuat kejutan apabila menafikan beberapa kelab yang lebih berprestij seperti middlesbrough dan leeds united untuk beraksi dalam BPL musim depan. norwich city terutamanya telah menunjukkan prestasi yang cemerlang kerana mampu untuk melompat ke BPL dalam hanya satu musim sahaja beraksi dalam liga kejuaraan selepas layak dari liga divisyen satu. sudah pasti sebahagian besar peminat bola sepak malaysia mengetahui serba sedikit tentang norwich city memandangkan beberapa musim lepas syarikat permotoran malaysia, proton telah menjadi penaja utama bagi kelab tersebut di mana lambang proton terpampang medah di jersi norwich city. ketika itu, norwich dibarisi dengan beberapa pemain yang baik seperti robert green dan darren huckerby. namun, norwich tersingkir ke liga kejuaraan di akhir musim tersebut. selepas itu, norwich bergelut dengan prestasi yang hambar sehinggalah munculnya pengurus norwich sekarang, paul lambert yang berjaya mengubah nasib kelab tersebut.

QPR atau nama panjangnya queens park rangers mempunyai sejarah yang hebat sebelum bermulanya liga perdana yang diperkenalkan pada tahun 1992. ketika itu, QPR bolehlah dianggap mempunyai kehebatan yang sebaris dengan kelab2 ternama england seperti liverpool dan nottingham forest. walaubagaimanapun, QPR mengalami kemerosotan prestasi yang amat teruk seterusnya hanya mampu beraksi dalam liga kejuaraan. kemasukan neil warnock sebagai pengurus QPR telah menjadikan QPR satu kelab yang bagus selain dibarisi dengan pemain2 yang berpengalaman seperti danny shittu, pascal chimbonda dan rob hulse. QPR menjadi juara liga kejuaraan musim ini walaupun beberapa bulan sebelum berakhirnya saingan liga timbul kontroversi yang memungkinkan QPR ditolak beberapa mata dan membahayakan peluang mereka untuk layak ke BPL musim depan. tetapi FA england hanya mengenakan denda dan tidak menolak sebarang mata yang telah diperoleh QPR sekaligus tempat mereka untuk layak ke BPL langsung tidak terjejas.

swansea city mencuri slot terakhir ke BPL selepas mengalahkan reading. kelab yang terletak jauh ke utara england ini merupakan 'dark horse' yang membuat kejutan di saat2 akhir dalam liga. pemain utama swansea adalah scott sinclair yang menunjukkan persembahan di perlawanan akhir play-off. sinclair merupakan bekas pemain muda chelsea telah menjadi nadi utama swansea selain beberapa pemain yang mantap seperti cedric van der gun, garry monk dan david cotterill. 

apa yang diharapkan adalah ketiga2 kelab ini mampu memberikan cabaran kepada mana2 kelab BPL musim hadapan selain menunjukkan corak permainan yang menarik sepertimana blackpool. jadi, sekalung tahniah dan selamat datang kepada QPR, NORWICH CITY dan SWANSEA CITY.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan