Selasa, 14 Jun 2011

Latest update (atas permintaan heheh)

1. MU akhirnya memperoleh phil jones dari blackburn setelah perjanjian 16.5 juta pound dipersetujui. kini, jones telah sah menjadi milik MU secara rasminya sepertimana yang telah dinyatakan dalam website MU. jones telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama MU. pasangan pertahanannya dalam skuad england B-21, chris smalling, yang turut merupakan pemain MU, yang gembira dengan kehadiran jones berasa mereka berdua bakal menjadi nadi utama pertahanan bukan sahaja untuk MU, bahkan untuk skuad utama england di masa hadapan.

2. dikhabarkan hujung minggu liverpool akan cuba untuk memastikan perpindahan kapten blackpool, charlie adam dengan yuran perpindahan 9 juta pound. adam bakal menyertai pemain baru kedua menyertai liverpool selepas pemain muda sunderland, jordan henderson. selain adam, pemain pertahanan birmingham, scott dann dan penyerang muda ipwish, conner wickham turut menjadi sasaran liverpool.

3. arsenal sedang mendahului beberapa kelab lain seperti spurs, liverpool dan sunderland untuk mendapatkan pemain pertahanan muda sweden, alexander milosevic. beraksi di posisi leftback, pemain berusia 19 tahun ini merupakan pemain utama bagi skuad sweden B-21.

4. tindakan alex mcleish meletakkan jawatannya sebagai pengurus birmingham city telah menimbulkan kemarahan pihak pengurusan atasan kelab tersebut. mcleish dikatakan meninggalkan birmingham city yang tersingkir dari saingan BPL musim depan kerana bakal menerima tawaran seteru setempat birmingham city iaitu aston villa untuk menjadi pengurus yang baru. selain itu, keputusan mcleish juga turut dipengaruhi oleh kengganan pihak pengurusan birmingham city untuk mendapatkan pemain2 yang dikehendakinya. sebagai contoh, mcleish ingin mendapatkan pavluychenko tetapi pihak pengurusan birmingham city hanya memberikan kepadanya alexander helb yang ternyata amat mengecewakan.
5. chelsea diberitakan bersedia untuk memberikan gaji 130 ribu seminggu bagi mengumpan pemain tengah spurs, luka modric menyertai mereka. walaupun berbadan kecil, modric menjadi sasaran beberapa kelab besar england kerana kebolehannya menjadi playmaker. MU yang turut mensasarkan modric kerana beranggapan bahawa modric sesuai untuk menjadi 'successor' kepada maestro MU, paul scholes yang telahpun bersara.

6. jika sebelum ini nani dikaitkan untuk menjadi sebahagian daripada perjanjian MU untuk mendapatkan pemain tengah inter milan, wesley sneijder, kini timbul pula cerita mengatakan nani ingin beraksi di bawah tunjuk ajar pengurus real madrid, jose mourinho. ini mungkin kerana nani sedar bahawa masa hadapannya belum selamat di MU memandangkan nani masih belum mampu mengekalkan tahap konsistensi yang bagus untuk sepanjang musim.

7. baru2 ini timbul khabar angin mengatakan cristiano ronaldo berminat untuk menyertai man city sekiranya tuntutan2nya dipenuhi. di samping itu, CR juga mengakui bahawa man city pernah cuba memikatnya dengan menghantarkan gambar menunjukkan sebuah kereta bentley yang ruang dalamnya dipenuhi dengan wang. namun tindakan tersebut gagal untuk menarik perhatian CR yang ingin terus kekal bermain di sepanyol.

8. ramai yang memuji persembahan skuad england B-21 yang menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika berhadapan dengan sepanyol dalam kejohanan eropah B-21. penyerang muda MU, danny welbeck telah menjaringkan gol penyamaan buat england setelah ketinggalan seawal minit 14 menerusi gol anders harerra. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan