Khamis, 30 Jun 2011

Kompilasi berita ja ni...

1. dikhabarkan SAF telah diberikan lampu hijau oleh pemilik MU untuk membuat perbelanjaan lebih dari 70 juta pound pada musim panas ini apabila menawarkan 20 juta pound kepada arsenal untuk mendapatkan pemain tengah, samir nasri. ketika ini, nasri yang kontraknya bersama arsenal hanya tinggal 12 bulan sahaja lagi belum menandatangani penyambungan kontraknya sekaligus menarik minat MU untuk mendapatkannya.baru2 ini juga, SAF telah dianugerahkan ijaah kedoktoran daripada university of stirling.






2. sunderland telah mendapatkan penyerang muda ipswich, connor wickham dengan yuran perpindahan sebanyak 8 juta pound dan akan meningkat kepada 12 juta pound. sunderland berjaya menewaskan liverpool untuk membeli wickham dan akan cuba mempertingkatkan usaha untuk mendapatkan trio MU iaitu wes brown, john o'shea dan darron gibson.

3. pemilik birmingham city, carson yeung telah ditahan oleh pihak berkuasa hong kong kerana dikatakan terlibat dalam 'money laundering' sekaligus menambahkan lagi kerungsingan kelab tersebut yang telah tersingkir dari BPL dan kehilangan pengurus.

4. pemilik chelsea, roman abramovich telah menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang pemain tengah chelsea, michael essien daripada menyertai jose mourinho di real madrid selepas menolak tawaran 18 juta pound.

5. man city telah menarik diri daripada saingan untuk mendapatkan pemain sayap udinese, alexis sanchez selepas pemain tersebut mengakui bahawa beliau hanya berminat untuk menyertai barcelona. walaubagaimanapun, juara eropah tersebut masih gagal mengemukakan tawaran yang dikehendaki oleh udinese iaitu sekitar 40 juta pound.

6. barcelona dikatakan telah menaikkan tawaran menjadi 32 juta pound kepada arsenal untuk mendapatkan cesc fabregas. barcelona cuba untuk menjadikan perpindahan fabregas kepada realiti setelah menanti hampir tiga tahun. selain itu, pengurus arsenal, arsene wenger diberitakan telah membuat persediaan untuk menghadapi ketiadaan fabregas dengan mendapatkan penyerang lille, gervinho dan pemain velez sarfield, ricky alvarez. wenger juga turut mensasarkan penjaga gol inter milan, emiliano viviano dengan melibatkan yuran perpindahan 8 juta pound.

7. pengurus baru chelsea, AVB telah melakukan rombakan terhadap barisan kejurulatihannya dengan mengambil khidmat bekas pemain tengah chelsea, roberto di matteo yang sebelum ini pernah menjadi pengurus WBA. berikut merupakan nadi utama dalam kejurulatihan chelsea yang terbaru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan