Rabu, 8 Jun 2011

Sembang bola di tengah hari

adooyaiii!! dah banyak ari dah aku tak post dalam blog aku ni. rasa rindu pun duk ada ni. maklumla, hujung minggu lepas kalut dengan kenduri, dari jitra sampai la ke penanti. penat duk berjalan merata duk rasa lagi ni. dahtu masuk ja opis pagi isnin, dapat tau kata nak kena pi kursus kaunseling lak. 2 ari lak tu. tapi bukan aku yang kena kaunseling, tapi aku pi blajaq camna cara nak kaunseling orang. memang banyak ilmu2 baru yang aku dapat. tengok la camna nanti, kot2 aku rajin, nanti aku share kat sini. bukan apa, pakat2 bleh blajaq sorang skit.

balik pasai cerita bola, banyak jugak isu atau topik yang bleh aku nak sembang. antaranya pasai skandal seks giggs. dalam 1 2 minggu ni, terletus la, atau terbocoq sudah skandal seks giggs yang dikatakan ada affair dengan adik ipaq sendiri. bukannya sat, 8 tahun tu. ishh duk ingatkan betoi la nickname yang sebelum ni bagi kat giggs iaitu "mr. clean". alih2 ada jugak skandal. kot macam rooney tu takpa la jugak, dengan pelacur, tapi giggs leh lak pi tidoq dengan bini adik sendiri. tapi taktau la betoi ka dak. mana nak tau ni suma hanya cerita soghat habaq ja, nak bagi sensasi. ishh tiap2 tahun ada saja kontroversi player2 MU ni. aku duk rasa akibat dari skandal ni, giggs pun mungkin tak minat dah nak main 1 lagi musim dengan MU. bukan apa, selagi duk main bola, wartawan memang sentiasa duk teropong punya la.

cerita pasai sorang lagi player MU, sapa lagi kalau bukan rooney. orang tua ni bleh la perabih duit dia hat banyak2 tu pi buat implant rambut. bukannya kita semua taktau, kepala rooney ni macam mana. umoq baru 25 tahun, tapi kepala dah koi cerah, maknanya pelan2 nak botak la. jadi, nah 30 ribu pound! amik! tanam rambut baru. abih cerita. ferdinand siap bleh wat lawak lagi dalam twitter bila kata rooney ni bleh jadi model iklan syampu nanti. wife rooney pun macam support ja apa yang rooney buat, maklumla, nak bagi laki dia hensem heheh.

baru2 ni pecah la tembelang pasai apa 2 3 minggu sudah sneijder kononnya berat nak blah dari inter milan nak join MU. tu pun  tara MU duk kata berani nak spend 30 juta pound. rupa2nya sneijder ni duk aim nak masuk chelsea sebab lani duk timboi cerita yang chelsea ni nak amik hiddink jadi pengurus baru. mungkin pak menakan kot, maklumla mai dari belanda jugak. tu yang sneijder nak pi chelsea. tapi takpala, MU bleh pi cari pemain hat murah skit.

yang berita best plak, aston villa dah bagi green light kat MU untuk beli ashley young. tapi takla dengan harga murah 10 juta pound, sebab aston villa mintak dalam 16 juta pound. jadi, bagi aku kira reasonable price jugak la sebab young ni banyak potensi dia selain umoq pun muda. tengok masa main untuk england baru2 ni pun superb jugak, tambah lak bleh boh sebijik gol. banyak position jugak young ni bleh main. lani kat england duk tengok slalu young ni kena deploy sebagai back-up striker. kira position baru la sebab selalunya dia akan main winger ja. lani kena tunggu la bila MU nak finalise kat deal untuk beli young ni.

bila dah jadi target real madrid, MU dikatakan teruih nak penaik gaji chicharito jadi 75 ribu seminggu. sebelum2 ni duk kata nak penaik jadi 50 ribu ja, tapi bila dah perform baguih ja musim ni, dengan baru2 ni buat 1st hatrik untuk mexico, chicharito ni dah mula tarik minat real madrid. kalau tak salah, awai tahun ni pun real madrid ada duk tanya dah kat MU pasai chicharito ni, tapi konfem la MU takmo juainya. dahtu chicharito pun dah kata takmo nak pi mana2 kelab lain dan nak stay kat MU sebab nak balas jasa SAF yang bawak dia mai main kat eropah.

lani, MU duk alih target dari snejider ke alexis sanchez lak. kata dah sneijder takmo, baik MU cari pemain len. bukan takat sanchez, MU pun duk pulun nak bagi jadi jugak beli modric. baru2 ni kata spurs hanya mintak 20 juta pound saja kat sapa2 yang nak beli modric, tapi pengurus spurs, harry redknapp kata harga tu murah dan patutnya kurang2 30 juta pound. emm nampaknya spurs ni memang cukup suka pow MU dengan juai player mahai, sama macam MU beli carrick dan berbatov.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan