Khamis, 16 Jun 2011

Sejarah 2011

buat julung2 kalinya, dalam diari aktiviti aku bagi tahun 2011 ni, kemarin dulu, akhirnya aku jejakkan jugak kaki aku pi stadium darul aman. memang lama sungguh aku tak pi tengok bola kat stadium, jangankan SDA, stadium2 len pun dak jugak.

tergeraknya hati aku ni bukannya apa, game kedah lawan N9 selasa malam aritu adalah game liga super yang last sekali kedah main kat home. jadi timbul la rasa nak tengok kedah main. kena plak sebelum ni orang duk kata kedah la dah main cantik sejak wan jamak pegang, banding masa mat usop dulu. balik gheja petang tu, aku punya la duk pikiaq nak pi ka dak. duk mandi masa maghrib tu aku decide nak pi. dan2 ajak adik ipaq aku dengan sepupu dia skali pi tengok bola. lagipun si adik ipaq aku tu dah lama duk tanya aku bila lagi nak bawak dia pi stadium. hat sepupu dia lagi la, tak penah tengok kedah main lagi kat SDA. koi 8 camtu, aku pun gerak la pi loqstaq dari jitra. sampai ja teruih pi cari tiket. beli hat murah ja, duk blakang gol hehe. jadi la. yang penting dapat jugak masuk stadium.

emm fan kedah takla ramai mana. jangan duk banding masa zaman marlon dulu. memang beza yang amat sangat la. tapi at least, SDA takla nampak lapang sangat. aku ajak dua budak tu pi duk kat scoreboard lama. taktau lak aku yang dekat2 situ, ultras kedah wat jadi port. kira duk dengaq ja la depa bersorak selalu. lagu pun macam2 aih. tapi aku kesian jugak kat depa, sebab aku duk nampak depa lebih banyak nyanyi dari duk tengok manusia duk tendang2 bola tengah padang. heran aku makin bertambah bila puak2 ultras tu rajin duk lempaq tisu tandas. banyak jugak duit depa no. tengok macam pakat2 tak gheja. tapi tak kisah la. mungkin parent kaya kot.

bila game ja start, mata aku duk tumpu ja la kat padang. bila dah lama tak tengok live, maksud aku kat stadium la, aku rasa kedah ada gameplay. sempoi jugak cara kedah main. beza la dari sebelum2 ni, based on apa yang aku dengaq dan tengok hat lama2 dulu. tadak sangat dah main long ball. defend and midfield hold bola pun kemas. tak kelam kabut nak release bola. pada aku, kelemahan ketara kedah adalah kat bahagian attacking. dah la main terlalu compact, passing pun teraboq. kesian jugak kat bad sebab kena duk kat tengah sebab nak dapat bola.

1st half kedah nampak tak bernafsu nak cari gol. tengok lebih kepada penguasaan bola dan kawasan tengah padang. cuma sesekali ja serang pintu gol n9. defend memang mantop tambah2 bila ada pozi nan. semua bola dia sapu abih. kiri kanan pun nampak steady. kira bleh handel la attacking threat n9. kat tengah amar rohidan memang cool ja. pandai hold bola. 

untuk 2nd half, game kedah jadi laju skit. dah mola ada gerakan2 menarik. tapi macam aku habaq awai2 tadi la, attacking kedah tak bapa nak klik. lambat support bila member dapat bola. paklong dengan bad memang duk gheja kuat. rata padang depa lari. bila dah duk pegang bola kerap, kedah mola dapat wat serangan yang mengancam. thru ball cantik dari sapa tau bagi kat meen. memang bleh golnya kalu sepak betoi2 tapi si meen ni taktaula apa yang ada kat pala otak dia, pi rembat ke bulan. dahtu ada lagi peluang. tapi sama jugak, meen kelam kabut nak cari pintu gol dahtu sepak tah ke mana. 
gol kedah ni terhasil bila ada sorang player kedah berjaya lepas perangkap offside belah kanan. bola yang dapat kat dia, dia bawak ke depan sebelum cross depan pintu gol n9. bad yang bijak lari masuk tengah tenang ja sepak bola masuk dalam gol. so kedah dah bleh la nak rasa menang dengan game pun tinggai tak sampai 20 minit nak abih. tapi dalam duk nak defend 1 gol tu, kedah bleh la pi bolos sebijik. katanya gol sendiri. keeper kena bola lemas. kedah dengan n9 kongsi satu mata bila wisel ditiupkan.

apa yang boleh aku kata adalah kedah lani dah main ok dah. senang cakap ada gameplay. corak passing pun kemas. ada orang kata ala2 arsenal gitu. kira tak kalut sangat dah main lani. kurang2 kedah dah create platform yang ok la untuk saingan piala malaysia nanti. yang penting maintainkan dulu wan jamak. pemain2 pun nampak dah bleh serasi dengan taktik wan jamak.

PULUN KEDAH PULUN!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan