Jumaat, 10 Jun 2011

Dah 55 juta pound dah

kalau diikut berita2 dalam media2 england, takat lani MU dah spend 55 juta pound untuk beli tiga player baru untuk musim depan. tiga player tu adalah david de gea, ashley young dan phil jones. 55 juta pound yang dibelanja oleh MU ni adalah yang terbanyak setakat ni kalau nak dibandingkan dengan kelab2 lain yang mana arsenal baru spend 1 juta pound untuk beli defender muda finland (kalau tak salah) dan liverpool yang spend 20 juta pound untuk dapat khidmat pemain muda sunderland, jordan hendersen. dua lagi kelab hat memang ada duit, sapa lagi kalau bukan man city dan chelsea masih lagi tak bawak kluaq satu sen pun lagi.

seperti yang aku dah mention dalam posting sebelum ni, MU beli david de gea ni sebab ada attribute yang lebih kurang sama dengan VDS. rasanya deal pembelian de gea antara MU dengan atletico madrid dah buat dah, cuma mungkin takleh nak announce secara official la selagi de gea takdak press conference kat MU. takpun posing dengan jersi MU. tadak semua tu, takleh nak rasmi lagi heheh.

sorang lagi pemain yang akan masuk MU musim depan, phil jones adalah partner smalling untuk defender tengah skuad england B-21. katanya SAF duk nampak jones ni yang layak jadi successor ferdinand berbanding smalling walaupun aku bleh kata smalling dah berjaya bermain dengan baguih dalam musim pertamanya kat MU. kira menarik jugak la tengok competition untuk berebut jadi pasangan vidic, maklumla ferdinand pun bukannya 100% cergas, dah dengan tua lagi, jadi dia kena bersaing la dengan smalling dan jones nanti. mungkin jugak, jones ni SAF akan wat jadi utility man, ganti o'shea yang lani cuba kena pancing oleh pengurus sunderland.

jika sebelum ni, young ni duk nampak superb main kat posisi winger, tapi sejak dari awai tahun ni, young diletakkan main back-up striker atau forward kat aston villa. alih2 young pun bleh main dengan baguih kat posisi baru ni. jadi, bila dah jadi camni, young ni kira versatile la. memang cukup berguna kat MU nanti. ramai jugak pundit kata kemasukan young ke MU nanti akan jejaskan peluang nani. mana tau, kot2 MU terima offer juventus untuk beli nani. sayap kanan memang tadak orang lain dah, valencia. lani kiri saja yang available. aku rasa young memang akan nail down sebagai winger kiri.

hat menarik lani, pemain tengah arsenal, samir nasri termakan la kot ajakan evra untuk join MU musim depan. dengan kontrak dia kat arsenal tinggal 12 bulan ja lagi, dan rundingan kontrak pun tadak improvement apa, nasri pun mengaku yang lani dia duk tunggu offer dari MU, itupun kalau MU betoi2 nak amik dia. tapi pengurus arsenal lak kata depa takkan juai nasri kat MU walaupun nasri akan kena juai. nasri ni pun bagi aku ok la jugak. harga pun mungkin murah kalau nak banding dengan sneijder dan modric. ada orang kata nasri ni akan main baguih kalau fabregas tadak sebab dia lebih bebas dan jadi main person untuk wat serangan. bila ada fabregas, dia kena main kiri sekaligus takleh nak perform.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan